SYUKUR DI ATAS KEMENANGAN
(Fikrah Bangi: 470),
BBB: 09 Jamadil Akhir 1441H. = 03 Februari
2020M. (Isnin).
Bersyukur kepada Allah di atas kemenangan
di DUN Kajang sebagaimana di tiga DUN yang lain yang turut dimenangi Pas, iaitu
di Sungai Burung, Kuala Selangor yang dimenangi oleh Dato` Dr. Hasan Ali
(Beliau juga memenangi Parlimen di Parit Buntar, Perak), Dato` Ismail Kamus di
Ampang dan Ustaz Salihin Muhyi di Sungai Besar.
Dengan kemenangan ini Penulis dihubuingi
oleh pihak Dewan Undangan Negeri, di Shah Alam, Selangor untuk menghadiri
upacara `Angkat Sumpah` sebagai ADUN Dewan Undangan Negeri Selangor pada hari
Isnin 6 Disember 1999.
Sebelum daripada itu sebaik keputusan
kemenangan diketahui pihak Pas Dun Kajang bermesyuarat dan merangka berbagai
perancangan. Antara program yang diatur ialah turun menemui rakyat bagi
mengucapkan terima kasih. Justeru itu dalam masa singkat ditempah kad-kad ucapan terima kasih daripada ADUN Kajang
terhadap pengundi-pengundi. Kad seperti ini dicetak agak banyak dan diedarkan
kepada orang ramai dalam pertemuan-pertemuan. Dua hari selepas kemenangan,
iaitu pada hari Rabu 01 Disember 1999 Penulis ke Kajang menempah Cop ADUN Kajang
dengan hasrat untuk berkhidmat secepat mungkin. Pihak MTD Pas Kajang jua
membuat keputusan bagi mengadakan jamuan rakyat sebagai tanda kesyukuran yang
tarikhnya ialah pada hari Sabtu 4 Disember 1999 bertempat di Markas Al-Mawaddah
di Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi.
Sebelum turun beramai-ramai berkunjung ke
tempat pilihan bagi menyampaikan terima kasih pada orang ramai, Penulis sendiri turun ke surau-surau berjama`ah dan
menyampaikan ucapan terima kasih dan kesyukuran terhadap Allah.
Pagi pertama kali surau yang Penulis hadir,
ialah di Surau Al-Umm, surau kawasan perumahan Penulis. Surau Penulis adalah di
dalam keadaan serak, kerana kesan banyak berceramah menjelang pilihanraya. Pada
siangnya Penulis menjalani urusan biasa, antaranya tidur ganti, kerana
kekurangan tidur semasa berkempen sejak seminggu sebelumnya.
Pada hari Selasa sehari selepas kemenangan ini, Penulis
bersolat berjamaah di Surau Al-Falah Jalan 6 dan menemui jama`ah dan mengucapkan
terima kasih. Di Jalan 6 ini ahli dan penyokong Pas sengaja menyewa sebuah
rumah teres yang diadikan maarkas kegiatan Pas. Semasa minggu berkempen markas
giat dengan berbagai-bagai agenda. Penulis sengaja memilih surau Al-Falah
sebagai surau kedua dilawati selepas keputusan pilihanraya.
Selepas solat Maghrib di Surau Al-Falah
Penulis bergerak ke MTD Al-Mawaddah Di
sini solat Isyak berjama`ah yang kemdian diadakan mesyuarat., Antaranya mengambil keputusan bagi mengadakan
Majlis Kesyukuran pada Sabtu 04 Disember 1999 bertempat di Al-Mawaddah itu.
Walau bagaimana Jamuan Kesyukuran lebih
awal diadakan oleh pekerja dan penyokong Pas di Kajang Jaya,. Jadi selepas
mesyuarat di Al-Mawaddaj Penulis dan rombongan bergerak ke Kajang Jaya. Di sini
diadakan majlis kesyukuran secara meriah di Markas di Kajang Jaya. Apa jamua yang
disediakan tidaklah penting, tetapi cawangan di sini merupakan cawangan terawal
mengadsakan Majlis Kesyukuran. Di dalam suasana gembira dan syukut Penulis berucap menyatakan terima kasih
kepada penduduk dan pengundi-pengundi yang menyokong Pas hingga membawa kemenangan dan bersyukur kepada
Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment