DEWAN UNDANGAN TONGGAK PEMERINTAHAN BERAJA
SELANGOR
(Fikrah Bangi: 472).
BBB: 11 Jamadil Akhir 1441H. = 05 Februari
2020M. (Rabu).
Dewan Undangan Negeri Selangor adalah tonggak
pemerintahan Diraja Negeri Selangor yang setiap kali bermula sidangnya
dirasmikan oleh Baginda Sultan Negeri Selangor. Baginda menyampaikan titah dan
amanat yang dari titah dan amanat dijadikan panduan dan rujukan perbahasan. DUN Negeri adalah tempat ahli
ahli DUN merangkakan undang-undang dan peraturan pemerintahan yang diluluskan
oleh DUN.
Melalui DUN dibincangkan prestasi dan kemajuan
Negeri Selangor atau sebaliknya. Negeri Selangor adalah negeri termaju di
Malaysia. Sejarah DUN adalah selari dengan kemajuan negeri. Selangor dan
pemerintahan melalui beberapa tahap .. Negeri Selangor selepas kemerdekaan negara adalah sebagai
salah sebuah negeri yang lain di Persekutuan. Ibu negeri Selangir sor ialah
Kuala Lumpur. Bandar ini dipilih sebagai Ibu Negara Peresekutuan Tanah Melayu
sejak 1948. Ianya bersama menjadi ibu negeri Selangor hinggalah tahun 1970an apabila Kuala Kumpur
dipisahkan sebagai Wilayah Persekutuan.
Shah Alam adalah bandar baru dibangun 1970an
menggantikan Kuala Lumpur dengan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan sebagai
pampasan bagi pengambilan Kuala Lumpur sebagai ibu negera Malaysia. Sebagai
negeri yang berada di dalam Wilayah Persekutuan, maka Selangor, khususnya Shah
Alam berkembang sebagai bandar yang maju dan pesat membangun.. Negeri Selangor
sejak dari kemerdekaan berada di bawah kerajaan Barisan Nasional. Pusat
pentadbiran adalah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan Dewan
Undangan Negeri berhampiran,bahkan bersambung dengan bangunan Sultan
Salahuddin.
Dewan Undangan Negeri dan pentadbiran diketuai
oleh Menteri Besar Selangor yang dilantik melalui Dewan Undangan Negeri selepas diikerkenan oleh Sultan..
Kemajuan Negeri selalu dikaitkan dengan dinamika pimpinan. Antara Menteri Besar
bagi Selangor Baru (bermaksud selepas berpsah dari Wialayah dan beribu negeri
di Shah Akam), ialah Dato` Harun Idris, Dato` Hotmat Rafie, Dato` Muhammad Tab
dan Dato` AbuHassan Omar.
Dari Shah Alam
baharu negeri Selangor menjadi Selangor maju.. Pada era ini
Selangor,khususnya Shah Alam maju diakibatkan oleh beberapa faktor. Anataranya:
Pusat pemerintahan negara berada di negeri Selangor, segalakemajuan negara lempah
dan melalui negeri Selangot. Perkembangan ekonomi negara antaranya melalui
negeri Selangor
Berkembangnya pusat pengajian tinggi negara
adalah berlaku di Selangor. Kelahiran tokoh-tokoh intelektual dan pemimpin
melalui pendidikan di negeri Selangor.
Sebagai negeri maju, Selangor didatangi oleh
penduduk negeri lain bagi mendapat pekerjaan dan menetap di sini dan memajukan
negeri Selangor.
Kemajuanm Negeri Selangor digerakkan oleh
kemajuanm politik di i negerai itu. Kalau dahulu dari zaman kemerdekaan hingga menjelang 2000 Selangor sebagaimana
kebanyakan di negeri-negeri lain dikuasai BN dengan berpanjangan masa parti itu dilihat
terlampau berkuasa dan didominasi oleh kalangan elit konservatif, menjadikan
akhirnya tidak lagi dinamik, tetapi konservatif. Ini membuka ruang kepada
dinamika baru dari segi politik bagi menguasai Selangor.
Perubahan ketara berlaku menjelang 2000, iaitu
ketika pemerintahan BN ketiadaan daya dinamik dan pemimpinyang ada
bersifat konservatif. Ini selari dengan
lahirnya masyarakat lebih berkesedaran politik. Perubahan ini didahului oleh Selangor sebelum berlaku di negeri-negeriyang
lain.
Penulis hadir dan masuk ke Dewan Undangan
Neberi Selangor adalah di dalam era perubahan ini.
Sekian,
No comments:
Post a Comment