YANG BERKHIDMAT
(Fikrah Bangi: 483),
BBB,
23 Jamadil-Akhir 1441H. = 17 Februari 2020M. (Isnin).
Walaupun tugas seorang ADUN ialah
menghadiri mesyuarat DUN yang biasanya diadakan
empat kali dalam setahun. Peranan hakikinya ialah menggubal
undang-undang pada peringkat negeri, tetapi tuntutan terhadap dirinya adalah
lebih dari itu, Dengan keadaan masyarakat kini, jika seorang ADUN hanya ke
Dewan Undangan Negeri sahaja, tidak berinteraksi dengan rakyat, maka alamatnya
ia tidak akan dipilih lagi bagi penggal yang lain. Seorang Wakil Rakyat
bertaraf ADUN, mau dilihat oleh rakyat seorang yang aktif yang turun padang
menemui rakyat, mempunyai program yang diatur bagi kawasannya, mesra dengan
rakyat dan dengan persoalan yang
dibangkitkan Ia membuat kajian dengan apa yang dicakapkan. Jika mpunyai peluang
berucap dengan satu-satu topik memperlihatkan ia memahami persoalan dan
dikemukakan dengan baik. ADUN juga dikehendaki mengemukakan soalan bertulis
sebanyak sepuluh soalanm yang dihantar sebelum sidang berlangsung sebagaimana
ditentukan oleh Dewan. Dengan soalan dapat diukur kefahaman ADUN dengan persoalan-persoalan yang
dikemukakan. Tidak semua sepuluh soa;lam akan terpilih bagi slot menjawab
soalan, biasanya pada bahagian awal sidang. Daripada sepuluh soalan biasanya
hanya satu atau dua yang dipilih oleh Dewan. Bayangkan untuk beberapa hari
sidang jika setiap sidang hanya 15 soalan yang dipilih,
maka untuk empat hati jam[ahnya 60 soalam
akam dijawab. Ini bererti jika satu soalam sahaja dipilih dari sealan yang
dikemukakan oleh seorang ADUN, ini bermakna ada soalan yang tidak dipilih dari
beberapa ADUN, jika jumlah ADUN bagi Dewan Undangan Negeri melebihi 60 orang.
Walau bagaimana setiap ADUN mesti bersedia bagi setiap soalan yang dihantar
yang diandaikan terpilih. ADUN juga diberi
peluang mengemukakan soalan
tambahan sebaik soalannya dijawab oleh Exco berkenaan. Soalan tambahan
seterusnya akan dikemukakan oleh ADUN-ADUN yang lain.
Soalan yang baik adalah soalan yang releven
dan berkait dengan kepentingan masayarakat. Misanya soalan yang berhubung
dengan kekerapan berlakunya gangguan bekalan air., kerosakan jalan atau
pencemaran alam sekitar yang berlaku di satu-satu kawasan. Soalan yang
sedemikian melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti MPKj, JKR, exco berhubung
dengan alam sekitar misalnya perlu
memberi jawapan yang baik dan diikuti dengan janji tindakan yang akan diambil.
Jika tidak perkara yang sedemikian akan ditimbulkan kembali yang menunjukkan
pihak berkenaan tidak ambil tindakan. Perlu diingat bahawa setiap kali
bersidang ketua-ketua jabatan di negeri berkenaan turun sama menghadiri sidang
– atau wakil, kerana segala perkara yang ditimbulkan di dalam DUN dan mengenai
sesuatu jabatan, maka jabatan berkenaan perlu mengambil tindakan. Perkara yang
ditimbul di dalam DUN adalah serius. ADUN yang menimbulkan persoalan juga
bersifat benar dan serius. Apa yang diucap menjadi persoalan yang perlu diberi perhatian bagi
semua pihak, bahkan apa yang diucap oleh seorang ADUN dalam Dewan dicatat
didalam hansurd dan dapat dirujuk, bahkan dinilai prestasi ADUN yang menyoal
dan prestasi exco yang menjawab. Seluruh apa yang dibincang oleh Dewan
sebenarnya menjadi ukuran dan nilai prestasi DUN sama ada dari segi, ekonomi,
peruntukan bajet, dan pengagihan terhadap bidang-bidang yang lain.
Satu yang seharusnya menjadi perhatian
ADUN, bahawa persoalan yang berkait dengan kawasannya seharusnya ditimbulkan di
dalam Dewan. Ia tidak seharusnya bersifat umum sahaja. Oleh yang demikian,
betapa pentingnya ADUN turun padang di kawasannnya bagi memahami masalah
kawasan dan masalah penduduk yang diwakilinya. Misalnya masalah lalu lintas di
pekan yang siwakilinya, masalah pencemaran, masalah banjir, keperluan sekolah,
pembangunan masjid, keadaan orang miskin dan kebajikan anak-anak yatim dan
sebagainya. Dari masalah yang berlaku di kawasan, Misalna kerap banjir, maka
perkaa ini akan diambil perhatian oleh JPS, soal masayarakat miskin diambil
perhatian oleh pihak Kebajikan masyarakat, masalah persekolahan akan diambil
perhjatian oleh Exco yang menjaga bahagian pendidikan.
ADUN hendaklah menunjukkan prestasinya di
dalam membela rakyat dan menunjukkan kewibawaannya sebagai ADUN yang dihormati
oleh rakyat yang memilihnya.
AFUN dan Wakil Rakyat hendaklah Berkhidmat,
barulah ianya dikasihi dan dihormati rakyat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment