PERUNDANGAN JANGAN SAMPAI DIPERTIKAIKAN !
(Fikrah Bangi: 487),
BBB: 29 Jamadil-Akhir 1441H. = 23 Februari
2020M. (Ahad).
Semalam apabila semua akhbar menyiarkan
maklumat Peguam Negara Tommy Thomas
menarik dakwaan terhadap 12 orang yang dibicarakan kerana
dikatakanterlibat dengan kegiatan pengganas Tamil Eaalam, tetapi tiba-tiba
ditarikbalik tuduhan dan mereka yang dituduh terlepas dari pembicaraan
seterusnya, maka kita sebagai orang awam yang tidak faham dengan aspek
perundangan tertanya-tanya, mengapa terjadi sedemikian ?. Pertanyaan timbul,
apakah pihak polis selama ini dilihat
sebagai professional dalam soal
menjejaki penjenayah, mengapa dalam kes ini digugurkan. Jadi soal
integriti polis tidak dihormati.
Jika ianya dilihat tidak bersifat kes,
tidakkah sepatutnya perkara ini tidak diketengahkan dari awal ?
Apabila Tan Sri Muhyiddin Yasin Menteri
Dalam Negeri mempersoalkan tindakan Tommy Thomas, bahawa Thomas tidak ada kuasa
dan tidak berhak campur tangan mengenai kuasa Kementerian Dalam Negeri baru
kita rasa apa yang dipertikaikan itu
benar dan sepatutnya tidak wajar berlaku penarikan balik sebagaimana dilakukan oleh Thomas.
Menurut Tan Sri Muhyiddin, Tommy Thomas,
tifak mempunyai hak dan kuasa mencampuri hak dan kuasa Kementerian Dalam Negeri
(Sinar, 23.2.2020: 1).
Rasa tidak puashati ini diluahkan sama oleh
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia dan juga Mazsli Malik, Ahli Parlimen
Simpang Renggam dan beberapa yang lain.
Kita berpendapat ini merupakan rentetan
tidak puashati terhadap beberapa keputusan yang telah dibuat sebelum ini.
Semuanya merupakan penghakisan kepercayaan rakyat terhadap sistem penghakiman
yang antaranya dipersoalkan.
Kerajaan PH perlu menunjukkan komitmen
tinggi terhadap Pols dan Perundangan negara.
Sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan
kepercayaan rakyat terhadap perundangan negara. Tan Sri Muhyiddin Yasin diharap
tidak setakat meluahkan rasa tidak puashati, tetapi perlu mengambil tindakan
tegas bagi menyakinkan rakyat !
Sekian.
No comments:
Post a Comment