June 14, 2020

KESAN PKP; PENDEKATAN EKONOMI 3R


KESAN PKP: PENDEKATAN EKONOMI 3R
Fikrah Bangi:  588),
BBB:   22 Syawal 1441H., = 14 Jun 2020M. (Ahad).

Akibat dari wabak Covid-19 dan perlaksanaan PKP mulai 18 Mac 2020, maka sektor yang paling teruk mengalami kemerosotan ialah sektor ekonomi.. Kegiatan ekonomi hampir terhenti sama sekali. Orang ramai diminta berada di rumah sepanjang masa. Adalah diungkapkan `Stay Home, Stay Safe`.  Akibatnya kegiatan ekonomi terhenti. Pekerja sendiri dan pekerja harian tidak dapat menjalankan kegiatan. Yang mau berniaga pada Bazae Ramadhan tidak dibenarkan.  Peniaga-peniaga tidak dapat menjalankan perniagaan, kecuali pasar yang menjual keperluan harian dibenar dibuka secara terhad.. Kilang-kilang ditutup dan boroh-bproh seperti binaan hilang pekerjaan. Perkhidmatan pengangkutan terhenti,, Pejabat dan pusat perkhidmatan ditutup., industri pelancongan dan segala khidmat sokongan terhenti. Pendek kata semua sektor terkesan dari segi ekonomi. Tidak ramai yang mempunyai persediaan kewangan, khususnya yang berkerja diibaratkan ` Kais pagi, makan pagi dan kais prtang makan petang.` Bagi yang ada sedikit simpanan, dapat bertahan di dalam beberapa minggu. Lantaran itu ramai yang terputus kewangan. Usaha dilakukan secara volunteer membantu membekalkan makanan bagi mereka yang terancam, tapi tidak mengatasi masalah.
Al-hamdulillah dalam Kabinet yang baru dilantik, Menteri Kewangan  Dato` Seri Zafrol bin Tengku Abdul Azizz melalui keputusan Kabinet mempunyai pendekatan dari segi ekonomi dan kewangan.  Bagi mengatasi kemerosotan kewangan di kalangan rakyat  beliau menampilkan cadangan yang berani,  dengan Pendekatan 3R`, iaitu Rancang, Rangsang dan Rancak Ekonomi.
Pada masa kegiatan ekonomi terhenti, rakyat hilang pekerjaan dan dijangka dua ratus ribu menganggur, maka dirancang agar kuasa beli dihidupkan di kalangan rakyat agar kebekuan aliran kewangan dicairkan dengan membolehkan rakyat berbelanja dan dengan demikian ekonomi dihidupkan.
Bagi tujuan ini  Kerajaan melaburkan sebanyak RM65 bilion yang diagihkan kepada rakyat. Tindakan yang melibatkan 16% daripada hasil negara kasar ini, disifatkan amat berani dan tiada pernah dilakukan sedemikian sebelum daripada ini. Dengan mengagihkan kewangan sejumlah tersebut, ianya menjadi rangsangan bagi rakyat berbelanja dan menghidupkan aktiviti ekonomi.
Selepas PKPP bermula dari 10 Jun ini, maka bagi merancakkan kegiatan ekonomi yang mulai bergerak, maka satu peruntukan lagi berjumlah RM35 bilion dikeluarkan bagi merancakkan ekonomi yang telah terangsang itu.  Konsep ini dikenal sebagai PENJANA. Peringkat perancakan ini mengabil masa hingga akhir Disember 2020 yang tentunya ada tambahan dan insentif-insentif yang lain.
Kini kita lihat berbagai-bagai sektor ekonomi mulai rancak.Pelancongan mulai rancak, perkhidmatan pengangkutan  menjalankan perkhidmatan dan berbagai tempat pelancongan mulai dibuka. Perniagaan dari berbagai kategori berjalan sesuai dengan berbagai sekatan yang telah ditarik.
Walau bagaimana semua pihak diingat supaya terus mematuhi SOP yang disifatkan sebagai norma baharu selepas  Covid-19, kerana kejayaan sementara di dalam memerangi Covid-19 tidak terjamin berkekalan sekiranya pengawasan tidak terus dilakukan, kerana dalam masa kita semakin pulih dari wabak, tempat-tempat lain sedang  bekembang dengan wabak seperti di Amerika, Brazil, Rusia, India  dan Afrika mengatasi Itali, Spanyol. UK, Perancis dan laon-lain. Kita perlu terus di dalam keadaan waspada.
Sekian.

June 13, 2020

AKRONIM DAN PENAMBAHAN AKSARA


AKRONIM DAN PENAMBAHAN AKSARA
(Fikrah Bangi: 587).
BBB:  21 Syawal 1441H. = 13 Jun 2020M. (Sabtu).

Selepas berlakunya wabak Covid-19 yang turut menyerang Malaysia dan seluruh dunia, maka bagi menentangnya lahir pendekatan, antaranya menamakan tindakan dengan  tajuk nama tertentu yang kemudian diringkaskan sebutan sebagai akronim bagi meringkas dan memudahkan sebutan
Antara akronim yang paling popular adalah ungkapam `Perintah Kawalan Pergerakan` yang diakronimkan kepada (PKP). Bilakah lahirnya ungkapan yang diakronimkan dengan PKP ini ?
Covid-19 yang diakronimkan dari ` Coronavirus 2019 itu diketahui bermula di Wuhan China sejak Disember 2019. Pembicaraannya di Malaysia mulai bulan Januari 2020. Bahayanya disedari, tetapi jangkitan di Malaysia belum disedari.  Pada akhir Februari hingga 6 Mac 2020  berlaku   Ijtima` Jama`ah Tabligh peringkat Dunia di Markaz Seri Petaling, Kuala Lumpur yang dihadiri ribuan pemdukung jama`ah dari seluruh dunia. Walau bagaimana pada peringkat permulaan wabak virus Covid-19 masih belum disedari berlaku di situ.
Kebimbangan terhadap bahaya boleh merebaknya Covid-19 diambil tindakan oleh pihak kerajaan apabila Berita Harian membawa berita muka hadapan, bahawa, `Sekatan Sementara Tunai Umrah`, bermaksud kerajaan menyedari wabak Covid-19 dan menyekat umat Islam di negara ini dari menunaikan Umrah. Pada 13 Mac, semua akhbar membawa berita muka hadapanm bahawa  World Health Organization  (WHO) di bawah Bangsa Bersatu mengisytiharkan bahawa  Coronavirus yang diakronimkan sebagai Covid-19 itu sebagai Pandemik.. Star pada hari itu menggesa orang ramai agar menjaga jaeak dan pada 14 Mac orang ramai diminta menangguhkan semua acara yang melibatkan ramai orang, dan pada 15 Mac Berita Harian melaporkan pihak Kerajaan mengadakan mesyuarat khas berhubung dengan pandemid Covid-19.
Sebagaimana dimaklum pihak Kerajaan Malaysia mulai 18 Mac 2020 melaksanakan  Perintah Kawalan Pergerakan` Tajuk sedemikian dilaporkan oleh Sinar pada 17 Mac, muka hadapan. Pada 18 Mac itu korban pertama akibat Virus- Covid 19 berlaku di Sarawak dari kegiatan gereja di negeri itu yang dijangka jangkitan dari Itali.
Kuatkuasa sekatan dilakukan dan kerajaan mengingatkan, jika ingkar kerajaan mungkin menggunakan tentera.
Arahan keras juga diperingatkan, keingkaran boleh didakwa dan boleh dipenjarakan.
Jadu  ungkapan Perintah Kawalan Pergerakan  yang kemudian diakronimkan sebagai (PKP) telah mulai digunakan pada 17 Mac lagi. Ungkapam dan akronim (PKP) terus diguna dan dilaksanakan hingga kini. Ada berlaku penambahan aksara (huruf) berkait dengan penambahan syaratm,  tetapi tetap berasaskan (PKP), misalnya  PKPB (B = Bersyarat) dan PKPP  (Pelonggaran). Semuanya mencerminkan pendekatan tambahan bagi PKP.
Sekian.

June 12, 2020

KESAN DARI PKP SETERUSNYA


KESAN DARI PKP SETERUSNYA
(Fikrah Bangi:  586),
BBB:  20 Syawal 1441H. = `12 Jun 2020M. (Juma`at).

Covid-19 memang digeruni semua pihak. Bukti wabak ini bukan saja disaksi dari  apa yang dialami oleh mangsa dalam negara yang pada peringkat permulaan ditempatkan di Hospital Sungai Buluh dan dengan pertambahan berlaku dibina Hospital Segera di  Tapak Expo di UPM, tetapi keyakinan yang menakutkan dengan merebaknya wabak Covid-19 di luar negara dengan jumlah yang ketara seperti di Iran,  Itali,  Spanyol, Perancis, UK  dan kemudian diatasi oleh Amerika. Keyakinan orang ramai bertambah dengan adanya Sidang Media setiap hari disampaikan  oleh Menteri Keselamatan Dato` Seri Ismail Sabri dan oleh Ketua Setiasaha Kementerian Kesihatan Dato` Dr.  Nor Hisham Abdullah. Tiada bantahan dari rakyat sebagaimana berlaku di Itali, Britain dan Amerika yang menganggap sekatan sebagai melanggar Hak Asasi Manusia, akibatnya penularan wabak meningkat di negara-negara Barat. Rakyat Malaysia disifatkan patuh  hingga 98%.
Akibat dari akronim PKP seterusnya selain dari apa yang telah dibicaraka ialah:
1)   Kesan Politik
Akibat dari PKP orang politik terutama dari pihak PH yang baru jatuh, memang berhasrat mau menjatuhkan kerajaan baru PN di bawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin, sebagai bukti usul mereka dalam Dewan yang bersidang pada bulan Mei, tetapi tiada agenda dalam sidang kecuali Perasmian Pembukaan oleh Yang Di Pertuan Agomg, mereka juga sering membangkitkan soal jumlah sokongan yang mereka dapati, tapi mereka ditempelak dari bercakap soal politik dalam masa rakyat seharusnya bersatu di dalam memerangi Covid-19. Akibat dari politik dalam masa yang tidak munasabah, mereka dipandang tidak kena dengan masa.
2)   Kesan pada Komunikasi dan Perhubungan
Dari segi komunikasi fizikal seperti penerbangan,  pengangkutan darat dan laut adalah terganggu dan sebahagian besar terhenti seperti perkhidmatan udara, bas, teksi dan pergerakan kenderaan persendirian tidak dibenarkan beroperasi, manakala kenderaan persendirian disekat dari brgerak kecuali bagi tujuan dibenarkan. Namun dalam masa sekatan ini kaedah perhubungan baru menjadi norma baru masyarakat. Penggunaan IT bertambah. Sekatan yang dialami membuat perhubungan IT berkembang, termasuk sebagai salah satu kaedah bagi perniagaan.
3)    Sukan
Oleh kerana sukan biasanya memerlu penonton yang ramai  seperti bola sepak, badminton, ragbi dan berbagai sukan lagi, maka sukan menjadi terencat dalam musim Covid-19. Bagi memulihkannya memerlukan pendekatan baru sebelum sukan kembali kepada kebiasaan
4)   Seni Budaya
Turut terencat dari kegiatan ialah bidang seni dan budaya. Misalnya seni filem, seni lakon, pementasan, pameran, anjuran budaya seperti silat dan pementasan yang memerlukan audien dan percampuran turut terencat dari kegiatan
5)    Sambutan dan Perayaan
Sambutan dan perayaan memerlukan himpunan orang ramai. lantaran itu dalam musim Covid-19, sambutan-sambutan dibatalkan, misalnya sambutan Hari Boroh, Hari Guru, Hari Ibu, Hari Jururawat tidak  diadakan secara perhimpunan. Ianya diisi dengan ucapan-ucapan sahaja. Demikian juga perayaan  ditiadakan. Misalnya tiada dibenarkan pulang ke kampung bagi Hariraya Idul Fitri, bahkan digalakkan sambutan di dalam keluarga sahaja. Demikian juga dengan perayaan-perayaan yang lain.
Sebenarnya banyak lagi kesan PKP diakibatkan oleh virus Covid-19. Dapat dikatakan akibat dari wabak berkenaan merubahkan banyak norma-norma yang selama in diamalkan bertukar kepada norma-norma baru  yang selama ini bukan sebagai normal kebiasaan.
Sekian.

June 11, 2020

KESAN DARI PKP


KESAN  DARI  PKP
(Fikrah Bangi:  585),
BBB:  19 Syawal 1441H. = 11 Jun 2020M. (Khamis).

Kesan dari Perintah Kawalan Penjarakan (PKP) yang mula dilaksanakan mulai 18 Mac 2020 bukan setakat mengamalkan 3-S dan 3- W, tetapi implikasinya melibatkan berbagai-bagai kesan. Kesan paling utana ialah:
1)   Bidang Ekonomi dan Perniagaan
Untuk mengelak dari jangkitan sebagaimana telah disebut orang ramai diminta berada di rumah dan jangan keluar, melainkan perkara yang perlu.
Sebagai kesannya perniagaan tidak berlangsung sebagai contohnya bazar Ramadhan tidak dibenarkan diadakan. Kedai-kedai runcit ditutup, peniaga-peniaga makanan seperti restoran terjejas, kerana tiada yang membeli,  kilang-kilang ditutup, kerana tiada pekerja. Turut ditutup kedai-kedai. hotel-hotel tiada pelanggan, peniaga-peniaga kecil-kecilan seperti warung dan sebagainya juga terhenti. Pendek kata semua sektor ekonomi dan perniagaan terjejas. Orang ramai berada di rumah. Pendek kata sektor ekonomi dan perniagaan lumpuh.
2)    Sektor Pendidikan
Antara sektor yang terjejas ialah sektor pendidikan. Anak-anak dan pelajar tidak dapat ke sekolah, takut berlaku jangkitan, bahkan sekolah-sekolah ditutup. Ini mengganggu pembelajaran dan penerusan pengajian pelajar. Bukan saja sekolah, tetapi universiti-universiti juga terpaksa ditutup. Pengajaian-pengajian pelajar terganggu dalam tempoh tiga bulan dan banyak pelajaran yang ketinggalam. Satu kaedah baru mesti dicari bagi mengatasi pengajian yang tertinggal.  Keadaan yang sama dihadapi oleh pelajar-pelajar di universiti.
3)    Bidang Pelancongan
Bidang pelancongan  adalah mengalami kemerosotan, oleh kerana, tiada siapa mau melancong,. Baik yang bersifat di dalam negara atau di luar negara. Ia memberi akibat kepada sektor pengangkutan seperti bas, teksi, bahkan penerbangan. Semua pengangkutan terhenti dari perkhidmatam lantaran itu hotel tidak dikunjungi, perkhidmatan makanan tidak dapat dissajikan. Akibatnya pusat-pusat pelancomgan seperti Langkawi, Melaka dan tempat-tempat yang lain tidak dikunjungi dan ianya memberi kesan bagi segala kegiatan yang berhung dengan pelamcongan.
4. Pentadbiran
Turut menerima akibat ialah bidang-bidang pentadbiran. Pejabat-pejabat ditutup. Urusan-urusan rasmi terganggu, lantaran itu segala urusan pentadbiran terganggu..
4)   Ibadat
Akibat  gangguan dari Corvid-19, iamya mengganggu dari kegiatan agama. Misalnya dalam bulan Ramadhan tiada iftar di masjid, tiada tarawih, bahkan tiada solat Juma`at dalam tempoh tiga bulan. Setengah tempat tiada solat berjama`ah di masjid dan surau, tetapi bagi setengah negeri dibenarkan berjama`ah oleh tiga orang, iaitu Imam, Bilal dan Siak sebagai melepaskan tyntutan kifayah.  Turut terganggu kegiatan ibadat di Gereja, Kuil dan rumah ibadat yang lain.
Sekian.