KESAN
DARI PKP SETERUSNYA
(Fikrah
Bangi: 586),
BBB: 20 Syawal 1441H. = `12 Jun 2020M. (Juma`at).
Covid-19
memang digeruni semua pihak. Bukti wabak ini bukan saja disaksi dari apa yang dialami oleh mangsa dalam negara
yang pada peringkat permulaan ditempatkan di Hospital Sungai Buluh dan dengan
pertambahan berlaku dibina Hospital Segera di
Tapak Expo di UPM, tetapi keyakinan yang menakutkan dengan merebaknya wabak
Covid-19 di luar negara dengan jumlah yang ketara seperti di Iran, Itali,
Spanyol, Perancis, UK dan kemudian
diatasi oleh Amerika. Keyakinan orang ramai bertambah dengan adanya Sidang
Media setiap hari disampaikan oleh
Menteri Keselamatan Dato` Seri Ismail Sabri dan oleh Ketua Setiasaha Kementerian
Kesihatan Dato` Dr. Nor Hisham Abdullah.
Tiada bantahan dari rakyat sebagaimana berlaku di Itali, Britain dan Amerika
yang menganggap sekatan sebagai melanggar Hak Asasi Manusia, akibatnya
penularan wabak meningkat di negara-negara Barat. Rakyat Malaysia disifatkan
patuh hingga 98%.
Akibat
dari akronim PKP seterusnya selain dari apa yang telah dibicaraka ialah:
1)
Kesan Politik
Akibat
dari PKP orang politik terutama dari pihak PH yang baru jatuh, memang berhasrat
mau menjatuhkan kerajaan baru PN di bawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin,
sebagai bukti usul mereka dalam Dewan yang bersidang pada bulan Mei, tetapi
tiada agenda dalam sidang kecuali Perasmian Pembukaan oleh Yang Di Pertuan Agomg,
mereka juga sering membangkitkan soal jumlah sokongan yang mereka dapati, tapi
mereka ditempelak dari bercakap soal politik dalam masa rakyat seharusnya
bersatu di dalam memerangi Covid-19. Akibat dari politik dalam masa yang tidak
munasabah, mereka dipandang tidak kena dengan masa.
2)
Kesan pada Komunikasi dan Perhubungan
Dari
segi komunikasi fizikal seperti penerbangan,
pengangkutan darat dan laut adalah terganggu dan sebahagian besar
terhenti seperti perkhidmatan udara, bas, teksi dan pergerakan kenderaan
persendirian tidak dibenarkan beroperasi, manakala kenderaan persendirian
disekat dari brgerak kecuali bagi tujuan dibenarkan. Namun dalam masa sekatan
ini kaedah perhubungan baru menjadi norma baru masyarakat. Penggunaan IT
bertambah. Sekatan yang dialami membuat perhubungan IT berkembang, termasuk sebagai
salah satu kaedah bagi perniagaan.
3)
Sukan
Oleh
kerana sukan biasanya memerlu penonton yang ramai seperti bola sepak, badminton, ragbi dan
berbagai sukan lagi, maka sukan menjadi terencat dalam musim Covid-19. Bagi
memulihkannya memerlukan pendekatan baru sebelum sukan kembali kepada kebiasaan
4)
Seni Budaya
Turut
terencat dari kegiatan ialah bidang seni dan budaya. Misalnya seni filem, seni
lakon, pementasan, pameran, anjuran budaya seperti silat dan pementasan yang
memerlukan audien dan percampuran turut terencat dari kegiatan
5)
Sambutan dan Perayaan
Sambutan
dan perayaan memerlukan himpunan orang ramai. lantaran itu dalam musim
Covid-19, sambutan-sambutan dibatalkan, misalnya sambutan Hari Boroh, Hari
Guru, Hari Ibu, Hari Jururawat tidak diadakan secara perhimpunan. Ianya diisi
dengan ucapan-ucapan sahaja. Demikian juga perayaan ditiadakan. Misalnya tiada dibenarkan pulang
ke kampung bagi Hariraya Idul Fitri, bahkan digalakkan sambutan di dalam
keluarga sahaja. Demikian juga dengan perayaan-perayaan yang lain.
Sebenarnya
banyak lagi kesan PKP diakibatkan oleh virus Covid-19. Dapat dikatakan akibat
dari wabak berkenaan merubahkan banyak norma-norma yang selama in diamalkan
bertukar kepada norma-norma baru yang
selama ini bukan sebagai normal kebiasaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment