June 9, 2020

AKRONIM MENENTANG VIRUS


AKRONIM MENENTANG VIRUS
(Fikrah Bangi: 583),
BBB: 17 Syawal 1441H. = 09 Jun 2020M. (Selasa).

Usaha memerangi Covid-19 melahirkan beberapa pendekatan  yang diambil. Antara pendekatan ialah ``Memutuskan Rangkaian Covid-19` lantaran hingga kini belum ditemui vaksyin yang dapat mematikan virus berkenaan. Satu yang menarik, khususnya dari segi bahasa, bahawa di dalam  mengatur pendekatan ini melahirkan istilah-istilah dan akronim-akronim yang  mencerminkan kegiatan penentangan secara teratur dan berstrategik.

Pada akhir Disember 2019 dalam mana wabak Covid-19 mulai lahir di Wuhan di China, wabak ini belum dikenali ,khususnya di kalangan orang ramai di Malaysia, Virus ini mulai diperkatakan di Malaysia pada sekitar Fenruari, tetapi suasana politik yang sedang gawat pada masa itu membuatkan orang ramai tidak memberi perhatian terhadap bahatanya virus ini..
Istilah Covid-19 adalah pelik dan anih. Pada peringkat awal istilah yang merujuk kepada virus yang bermula datangnya dari negara China ini digunakan oleh Bangssa Bersatu melauli World Health Organization (WHO) ialah ` Coronavirus`. Pada peringkat awal  serangan virus ini diistilahkan sebagai apendemik.
Persoalan Coronavirus ini, diambil serius oleh pihak pemerintah negara yang baru bertukar kuasa dari pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan kepada `Pakatan Nasional pada awal Mac 2020. Dapatlah dikatakan bahawa dengan pengambilan alih pemerintahan negara di bawah Pakatan Nasional yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri  dan pasukannya terus menerima ujian yang berat, bahawa dalam masa tersebut virus adalah merupakan ancaman sejagat. WHO sendiri telah meningkatkan bahaya virus berkenaan dengan istilah Pandemik.
Di negara kita sendiri, bahaya virus berasal dari Wuhan ini mulai dikenali secara akronim adalah:
COVID-19
Bermaksud:  Co adalah singkatan dari Corona
Virus – Virus
D  = sebagai Pandemik
19 adalah dikaitkan dengan tahun 19 dari tahun 2000 bermaksud vieus ini berlaku pada tahun 2019.

Bersambung ...
Sekian.

No comments:

Post a Comment