SEKTOR
PENDIDIKAN PALING MENCABAR
(Fikrah
Bangi:L 593),
BBB:
29 Syawal 1441H. = 21 Jun 2020M. (Ahad).
Sektor
pendidikan adalah paling mencabar di dalam menghadapi ancaman Covid-19. Semasa
diisytiharkan Covid-19 sebagai wabak dan
bermulanya PKP pada 18 Mac 2020, sesi peresekolahan, bahkan pengajian di
universiti sedang berlangsung dan pengajian terpaksa ditangguhkan. Hingga kini
pengajian telah tertangguh selama tiga bulan. Sesungguhnya dengan penangguhan
yang tidak dapat tidak ini mengganggu normal pengajian yang selama ini
berjalan.
Banyak
implikasi dari penangguhan. Antara yang merisaukan:
1)
Sukatan pengajian yang berlangsung terpaksa ditangguhkan. Ianya
merencatkan kelicinan pengajian dan melambatkan schedule pelajaran yang telah
diaturkan. Ini bererti pelajar-pelajar tertangguh dari mengikuti perkembangan
pengajian. Ini juga bererti guru-guru dan pelajar-pelajar ketinggalan dari
menghabiskan pengajian sebagaimana dijadualkan.
2)
Sebahagian pelajar akan mengikuti
pepereksaan penting yang akan menilaikan prestasi pengajian mereka. Antara
peringkat penting ialah bagi yang akan menghadapi peperiksaan SPM, SPVM, STPM, STAM dan yang setarap dengannya.
Bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan penting ini jika dari awal tahun
terhenti pengajian dan terencat dari pembelajaran yang akan dihadapi di dalam
peperiksaan.
3)
Sebahagian dari pelajar baik pada
peringkat menengah dan juga pada peringkat pengajian tinggi terkandas di rumah sewa atau di asrama Ini membebankan
mereka dari segi perbelanjaan dan merugikan masa.
4)
Dalam masa yang sama, terutama bagi
pelajar yang tinggal di luar dan jauh dari kediaman, lebih-lebih lagi bagi
pelajat dari luar negara terdedah dengan wabak dan perlu keprihatinan dari
pihak berkenaan.
5)
Suasana yang dihadapi pelajar, bahkan semua
pihak, termasuk institusi pengajian terpaksa menghadapi beban kewangan lantaran bertambahnya tuntutan perbelankaan,
khususnya dari kalangan yang miskin.
Menyedari
masalah yang dihadapi oleh bidang pendidikan, berbagai pihak yang prehatin
mengemukakan cadangan
1)
Mencadangkan agar diwujudkan norma
baru di dalam pembelajaran. Antaranya melalui atas talian.. Namun ada kekangan
kerana tidak semua anak-anak dari kalangan ibu bapa yang berada. Sebahagian
besar daripada mereka tidak mempunyai komputer. Lebih daripada itu sebahagian
daripada tempat tiada capaian dan khidmat internet. Ini menyebabkan
ketidakseimbangan dari pembelajaran.. Bagi menampung kekurangan ada dianjurkan
pembelajaran melalui tv pendidikan. Namun tidak semua pelajaran dapat
ditampungkan.
2)
Cadangan melalui atas talian yang
dilakukan dengan tempoh masa pendek dan segera, ada kekurangan. Misalnya tiada kaedah
standard yang dapat dijadikan panduan. Bahkan tidak semua guru – termasuk pelajar
mahir menggunakan komputer dan kaedah melalui talian.
3)
Akibat kelemahan dan kekurangan yang
dihadapi, cadangan diterima, bahawa beberapa peperiksaan yang tidak penting
seperti Penilaian Sekolah Rendah, Peperiksaan tahap tiga – Menengah Rendah
ditiadakan, kerana ianya tidak mengganggu dari segi pembelajaran. Tempoh masa
juga diubahsuai agar pelajar tidak terencat sampai setahun
4)
Tumpuan pembelajaran hendaklah kepada
pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan SPM,SPVM, STPM, STVM. STAM dan peperiksaan
yang setara. Bagi pengajian di universiti disempurnakan dengan perlanjutan masa
belajar dan disesuaikan kaedah penilaian.
5)
Bagi pelajar-pelajar yang akan
menghadapi peperiksaan penting, maka mereka diberi keutamaan untuk kembali ke
kalas mulai Rabu 24 Jun 2020 ini.
Walau bagaimana banyak norma baru yang mesti dihadapi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment