POLITIK:
MENDAPAT KUASA, PERLU KAWALAN
(Fikrah
Bangi: 580),
BBB: 14 Syawal 1441H. = 06 Jun 2020M. (Sabtu).
Salah
satu bidang keilmuan yang ditawarkan sebagai subjek pengajian di universiti
ialah pengajian berkenaan politik. Bidang ini biasanya bersifat jabatan dan terletak di bawah
Fakulti Sastera atau Kemanusiaan dan kemasyarakatan, Mempelajari sains politik
perlu kepada gandingan keilmuan yang lain yang mengukuhkan pengajian Sains politik
seperti keperluanm kepada Jabatan Sejarah, , Dasar Luar atau Hubungan
Antarabangsa, sosiologi,
Kenegaraan, Perlembagaan dan lain-lain. Antara kursus yang paling rapat dengan
politik ialah Undang-Undang. Lantaran itu mereka yang mengambil bidang Undang-Undang lebih dekat
dengan Sains Politik.
Sains
Politik adalah pengajian tentang kekuasaan dan pemerintahan bagaimana mendekati
masyarakat. Kaedah mendapat kuasa di dalam sistem pemerinhan negara yang banyak
dipengaruhi oleh sistem po;itik British secara berparlimen, iaitu menguasai
majoriti perwakilan secara berparti. Di England dua parti yang sering bergilir
kuasa ialah Conservative dan Parti Boroh, manakala di Amerika ialah parti
Demokrat dan Repablik.
Di
negara kita sejak merdeka terdapat beberapa parti yang pernah berkuasa seperti
parti Perikatan, Barisan Nasional dan kini antara Pakatan Harapan dan Pakatan
Nasional. Pakatan Harapan pernah mengalahkan Barisan Nasional pada 9 Mei 2018,
tetapi penguasaan majoriti dikuasai oleh Pakatan Nasional mulai Februari 2020.
Mempelajari Sains Politik ialah memahami peroses yang membawa kepada kemenangan atau kekalahan
satu kerjasama parti dan juga kekalahan
yang seharusnya menurut perlembagaan.
Sistem
mendapat kuasa majoriti di parlimen sebenarnya tidak sunyi dari kelemahan.
Misalnya di Malaysia suasana berpolitik dirasakan berterusan sepanjang tahun
dari pilihanraya ke pelihanraya, sehingga tidak ada ketenteraman bagi rakyat
meneruskan kehidupan tanpa gangguan politik. Usaha menjatuhkan antara satu
pihak dengan pihak lain terus berjalan, walaupun di luar dari musim pilihanraya.
Tokoh-tokoh parti yang berkuasa dan yang kalah juga mendominasi suasana politik
tanahair hingga berdekad-dekad lamanya
dan amat menjemu dan memuakkan.
Sewajarnya perlu ada mekanisme yang dapat mengawal sehingga kekuasaan tokoh dan
parti tidak menjadi sesuatu yang dominan di dalam pemerintahan. Pemerintahan
seharusnya dikhaskan bagi pemimnpin
dalam tempoh tertentu dan perlu diserahkan kepada pihak yang lain yang tidak
kurang mereka yang berwibawa di dalam pemerintahan. Ini patut menjadi perkara
yang dibicarakan dan diberi solusi dalam berpolitik. Antara cadangan seperti:
1)
Satu pertiga
mereka yang dilantik dalam parlimen, bukan dari orang politiuk, tetapi
dipiih dari kalangan profesional dan berwibawa dan mereka berhak dilantik di
dalam jawatan menteri.
2)
Selain dari kemenangan kerusi dengan majoriti
satu undi, perwakilan juga dilantik di dalam parlimen berdasarkan peratus undi
secara komulatif dan peratus perwakilan ke parlimen.
3)
Dewan Negara dikekalkan, tapi selain
orang politiklebih dari separuh diwakili atas nama megeri, dipilih dan dihantar
oleh negeri – Bukan parti. Dewan Negara mempunyai hak dari segi menyokong atau
menolak apa yang diputuskan oleh Dewan Rakyat. Yang Di Pertuan Agong mempunyai
kuasa pemutus di dalam perkara-perkara yang memerlukan pemutusan.
4)
Seorang Perdana Menteri hendaklah memerintah
tidak lebih dari dua penggal.
5)
Mereka yang bertanding sebagai wakil
rakyat berhak bertanding tidak lebih dari tiga penggal. Bagi jawatan yang
dilantik bagi parlimen dan juga Dewan Negara tidak melebihi
dua penggal yang setiap penggal adalah lima tahun.
Demikiam
antara peresoalan politik yang wajar dibicarakan. Ianya bertujuan untuk
mengurangkan kekuasaan orang politik dan hak juga diberi kepada bukan kalamgan
orang politik.
Semoga
ianya mengurangkan berpoitik di luar musim pilihanraya. Kekuasaan bukan semata-mata
hak orang politik, tetapi milik semua rakyat jelata. Pilihanraya seharusnya bukan penentuan mutlak. Ada
kewajaran pertimbangan yang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment