SUDAH
BERSEDIA: PENINGKATAN
(Fikrah
Bangi: 594)
BBB:
01 Zulkaedah 1441H. = 23 Jun 2020M. (Selasa).
Telah
dibincangkan dua perkara penting yang dihadapi oleh sekolah bila kembali dibuka
esok (Rabu 24 Jun 2020).
Pertama
sebagai telah dibincangkan semalam ialah menjaga dari segi SOP – PKPP sebagaimana dikehendaki dalam musim Corbid-19.
Kedua
ialah perkara terpemting, ialah menyampaikan pengajaran
Sebagaimana
dimaklum, bahawa pihak sekolah ketimggalan dari penerusan pengajian dari segi biasa. Bagi pelajar SPM dan STPM dan yang seumpama
dengan kedua-duanya tidaklah begitu dirisaukan. Masa bagi mereka masih banyak.
Yang sedikit dirisaukan ialah bagi tahun kedua yang mempunyai masa bagi
menghadapi peperiksaan tinggal hanya 4 bulan lagi yang kebiasaan peperiksaan
adalah bermula dari awal November. Namun
pihak Pengetua sudah merangkakan pendekatan bagi mengatasinya.
Apa-apa
pengajian tidak sempurna dicapai dalam
tempoh yang singkat. Bagi menghadapi peperiksaan sama ada SPM dan STPM dan
peperiksaan yang setara dengannya memerlukan tempoh kebiasaan selama dua tahun.
Bagi
guru-guru yang sudah tentu berpengalaman
bagi mengajar pelajar yang akan mengambil peperiksaan sejak dari awal
tahun pertama telah memaklum dan meminta pelajar sentiasa menjadikan rujukan ialah kurikulum
bagi setiap pelajaran yang diajar dan dipelajari oleh pelajar-pelajar.. Ertinya
sejak dari awal pelajar sudah tahu apa ruang lingkup pelajaran yang akan
dipelajari selama dua tahun dan itulah ruanglingkup soalan yang akan dihadapi
di dalam peperiksaan. Guru mengajar mengikuti kurikulum pelajaran yang
ditentukan di samping pengluasan terhadapnya.
Bagi
pelajar yang serius sejak dari awal telah menelaah kurikulum dan disamping
mengikuti pengajaran dari guru-guru mencari dan menelaah ruang lingkup kurukulum
dan menambahkan maklumat dari berbagai sumber yang berkait dengan kurikulum berkenaan.
Kaedah ini dilakukan oleh calon-calon peperiksaan persendirian yang jarang
mendapat bimbingan guru. Pelajar secara formal yang menghadiri kelas tentulah
lebih berpeluang mendapat maklumat dari kurikulum pengajaran yang disampaikan
oleh guru di dalam pelajarean yang guru mahir dan lebih berpengalaman.
Tempoh
empat bulan berbaki, jika pada kebiasaan adalah merupakan tempoh ulangkaji bagi
semua bidang pengajian, tetapi jika ada bahagian kurikulum yang sepatutnya
sudah dihabiskan dalam tempoh tiga bulan yang lepas, kiranya tiada pengajaran
yang dilakukan secara online, maka bagi
guru yang bijaksana sebenarnya tidak bermasalah dari segi menyampaikan
pengajaran yang ketinggalan secara rumusan dan diserapkan kemudiannya ke
dalam kaedah ulangkaji bagi keseluruhan
pelajaran.
Pada
permulaan pembukaan kembali sekolah, semua guru-guru dikehendaki kembali ke
sekolah dan kini kelas-kelas yang lain dari yang meu mengambil peperiksaan
tidak datang ke kelas. Dalam erti lata yang lain, tenaga guru adalah ramai
yang tidak mempunyai kelas, lantaran itu
selain dari diberi kelas peperiksaan yang bertambah kerana menjaga jarak,
guru-guru yang tidak mempunyai kelas dapat digunakan bagi kepentingan kelas
yang bakal menghadapi peperiksaan. Antaranya dapat membantu.
1)
Membimbing pelajar secara tutorial bagi
sejumlah pelajar yang dipecahkan dalam jumlah yang kecil
2)
Guru pembimbing hendaklah guru yang
mahir di dalam bidang yang dibimbing.
3)
Menolong membuat nota-nota sebagai
panduan pelajar.
4)
Membantu guru di dalam mengadakan
ujian dan peperiksaan cubaan.
5)
Menagatur grup-grup diskusi di
kalangan pelajar dan membuat rotation grup di kalangan mereka.
Dan
berbagai kaedah yang lain yang saesuai dilakukan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment