KEMBALI
KE SEKOLAH SECARA BERHATI-HATI
(Fikrah
Bangi: 593),
BBB:
30 Syawal 1441H. = 22 Jun 2020M. (Isnin).
Sebagaimana
negara-negara Barat, setelah tiga bulan berdepan dengan wabak Covid-19,
walaupun ternyata wabak terus merebak.
Dengan statistik terakhir kematianm selurudunia srbanyak 460,000 dengan
Ameika jumlah kematian tertinggi
119,000, Brazil 49,000, UK 45,000 Itali
34,000 Perancis 29,000, Spanyol 28,000 dan-negara-negara lain di bawah 20,000,
namun negara-negara berkenaan terpaksa membuat pilihan dengan menghidupkan
ekonomi di samping mengawal wabak atau
mengawal tanpa pemulihan ekonomi menyebabkan kemelesetan. Mereka memilih
pemulihan di samping pengawalan.
Tindakan
negara kita sebenarnya lebih tepat> Kita berjaya mengawal wabak, kematian
setakat ini 121 setelah beberapa hari tiada kematian. Pemilihan kita dengan
PKPP yang memberi ruang kepada pemulihan termasuk ekonomi mulai dari 10 Jun
2020 merupakan tindakan secara perancangan rapi dan kini sektor ekonomi mulai
pulih, khususnya dengan konsep Penjana.
Pemulihan
terhadap pendidikan adalah salah satu dari PKPP. Kita sebenarnya tidak
mempunyai pilihan yang lebih baik dari mengembalikan pelajar-pelajar ke sekolah
dengan memberi prioriti kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan
pada hujung tahun ini, iaitu peperiksaan SPM, SPVM, STPM, STVM dan STAM. Jika
tidak dikembalikan ke sekolah mereka akan
menghadapi peperiksaan secara kekurangan yang merupakan ketidakadilan
kepada mereka.
Pelajar-pelajar
berkenaan akan kembali bersekolah mulai Rabu 24 Jun 2020 ini.
Ada
dua perkara penting yang akan dihadapi oleh sekolah – bermaksud juga oleh
Kementerian Pendidikan.
1)
Persediaan bagi mematuhi SOP dari PKPP
2)
Persediaan dari segi pengajaran,
khususnya bagi yang akan menghadapi peperiksaan pada akhir tahun ini.
Perkara
pertama ialah keperluan semasa dari segi SOP.
Bagi
pelajar dan khususnya bagi ibu bapa, adalah menjadi kebimbangan dengan
melepaskan pelajar, berkemungkinan mereka akan terdedah kepada wabak Covid-19
yang masih belum dapat dihapuskan. Jika
dijangkiti wabak akan lebih mengganggu untuk menghadapi pelajaran. Kita
percaya pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil pendekatan dan persediaan
secara rapi dan teliti sebagai arahan terhadap sekolah bagi memulai dan meneruskan pengajaran.
Kita
difahamlam pihak Kementerian dan sekolah telah meminta guru-guru melaporkan
diri ke sekolah sejak minggu kedua Jun bagi persediaan sekolah bagi
perkembalian pelajar ke sekolah. Sebagaimana maklum kembalinya pelajar ke
sekolah berlainan dari cara kebiasaan yang lepas. Mereka akan menghadapi
norma-norma baru bila kembali ke kelas. Jika mereka terpaksa atau dikehendaki
tinggal di asrama, mereka juga mesti mengikuti noma kehidupan di asrama.
Antara
noma baru di sekolah ialah catatan kehadiran, pengambilan suhu badan, ,
bersinitizer, berjarak dalam perbarisan
dan dalam memasuki kelas, berada di dalam jarak antara meja dengan meja pelajar
menurut ketentuan. Kapasiti ruang kelas lebih luas. Jika dulu satu kelas 40 orang
kini memuatkan hanya dua puluh orang. Mereka juga dikehendaki mematuhi aturan
ke bilik air, masa rehat dan makan di
dalam kelas.
Semasa
di asrama juga mereka perlu mematuhi SOP asrama. Misalnya menjaga 3-S dan 3 – W
. Kedudukan katil, cara makan di kantin, berjama`ah di surau dan cara
menggunakan bilik mandi, tandas dan sebagainya. Pendeknya mereka dikehendaki
menjaga SOP dan memberi perhatian yan tinggi dari segi kebersihan dan menjaga
kesihatan.
Selain
daripada itu guru-guru dan pekerja-pekerja di sekolah mesti juga mematuhi SOP
yang dikenakan. Kita tidak mau selepas
sekolah dibuka wujud pula klaster
sekolah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment