CAWANGAN UNIVERSITI LUAR
NEGARA
Satu lagi
katregori pemgajian yang terdapat di
Malaysia, ialah cawangan bagi universiti-universiti dari luar negara. Bermaksud
universiti-universiti – biasanya dari negara terkenal dan mempunyai
universiti-universiti terkenal datang membuka cawangan universiti-universiti
berkenaan di negara ini. Ada beberapa faedah dari penubuhan ini. Pihak universiti
dari negara berkenaan mendapat faedah kewangan dari kemasukan pelajar di negara
berkenaan. Pihak negara yang menerima penubuhan cawangan memberi peluang bagi
pelajar-pelajar di dalam negera mempelajari keilmuan dari negara luar yang namanya
terkenal itu. Lagi pula cost pengajian lebih murah, jika pelajar dalam negara
pergi ke luar negara – bermaksud ke tempat asal universiti berkenaan. Atas
faktor lebih murah juga pelajar-pelajar luar negara juga datang ke negara ini
bagi mengikuti pengajian terkenal itu bertempat di negara ini.. Negara yang
menerima penubuhancawangan universiti mendapat faedah dari segi ekonomi dengan
kehadiran pelajar-pelajar di negara ini. Negara ini juga mempunyai keuntungan
dari segi memperkenalkan Malaysia kepada pelajar-pelajar luar negara berkenaan.
Di samping negara yang menghantar
cawangan ke negara ini dapat sama meluaskan pengaruhnya di negara ini
dan kepada pelajar-pelajar luar negara yang belajar di negara ini. Selain
daripada mengeratkan hubungan dari segi pelajaran
dan budaya.
Terdapat
sejumlah universiti dari luar negara yang menubuhkan cawangan di negara ini.
Negara dan universiti nerkenaan adalah
dapat dikategorikan sebagai universiti dan negara terkenal, iaitu:
1)
Nottingham University
Universiti ini
adalah dari Nottingham, England. Cawangan universiti ini ditubuh di Malaysia,
iaitu bertempat di Semenyih, Hulu Langat sejak dua dekad yang lalu. Universiti
ini mempunyai kampus yang luas dan menarik. Jauh dari kesebokan bandar dan
merupakan tempat ideal bagi pembelajaran. Universiti ini menawarkan berbagai
bidang seperti ekonomi, sains, engineering, pentadbiran dan berbagai-bagai
lagi. Oleh kerana kos pembelajaran di sini lebih murah, ramai pelajar dari
negara Asean, Timur Tengah dan Afrika datang belajar di sini. Setengahnya
datang belajar di sini pada peringkat permulaan dan menyambung pengajian di
universiti induk di Nottingham. Sebahagian daripada mereka sepenihnya belajar
di sini termasuk pelajar dari Malaysia.
2.. Taylor
University
Pengajian pada
peringkat kolej telah lama bertapak di negara ini,iaitu di Petaling Jaya. Kini
dalam sa beberapa tahun ini dipertingkatkan pengajian ke peringkat
universiti. Pengajian ini mempunyai
kampus baru di Selangor. Berbagai
bidang yang ditawarkan oleh uiversiti ini. Ianya mempunyai pelajar yang ramai
dari peringkat kplej dan universiti.
3. University
Of Reading
Juga berasal
dari England,. Universiti ini kini
sedang membuat iklan bagi mendapatkan pelajar melalui akhbar dan media yang
lain
4. Manipal
University
Berasal dari
India dan cawangannya bertempat di Nilai, Seremban. Universiti Manipal terkenal
dengan bidang perubatan. Melalui kelulusan di Nilai memungkinkan pelajar
menyambung pengajian di India.
5. University
Of Madinah
Adalah cawangan
bagi universiti Madinah yang lebih khusus dalam bidang keislaman. Pada
permulaan kampusnya di Cyber Jaya, tetapi kini bertempat di Shah Alm.
Terdapat
beberapa cawangan university yang lain seperti dari Australia dan bertempat di
Sarawak dan beberapa yang lain. Semua ini menyemarakkan perkembangan keilmuan
di negara ini.
Sekian.
SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/
ReplyDelete