KEMBALI
KE SEKOLAH: CABARAN UNTUK KEJAYAAN
(Fikrah
Bangi: 595),
BBB:
02 Zulkaedah 1441H. = 24 Jun 2020M. (Rabu).
Selamat
kembali ke sekolah, khususnya bagi pelajar SPM dan STPM dan yang setaraf
dengannya. Perkembalian pada kali ini berlainan dengan kembali persekolahan dalam masa normal yang
lepas, tiada heboh diperkatakan tentang sekolah, tetapi kali ini banyak peraturan
yang dihadapi sebagai norma baru persekolahan. Pelajar juga berada di dalam suasana terganggu, oleh
kerana sudah tiga bulan tidak bersekolah akibat dari wabak Covid-19. Pelajar
juga di dalam kerisauan memikitkan akan menghadapi peperiksaan dalam tempoh
empat bulan lagi, sedangkam pelajaran telah ketimggalan sejak tiga bulan yang
lal;u, walaupun ada yang menerima
pengajian secara online, tetapi menurut pelajar tidak sama dengan pengajian
bersifat semuka dengan gutu.
Namun
semua halangan ini diharap kepada guru merupakan cabaran. Guru berkorban,
sungguhpun dalam masa sekolah tidak dibuka, berusaha menyampaikan pengajaran
secara online, Kepada 430,000 guru mereka
rela mengurangkan tempoh cuti penggal
persekolahan bagi menampung kekurangan dan ketinggalan pengajaran selama tiga
bulan tidak bersekolah.
Kepada,
terutamanya pelajar, diharap masalah yang dihadapi adalah sebagai cabaran bagi
mencapai keputusan yang lebih baik dari musim tanpa Cobid. Adalah diharapkan
semasa berada di rumah, pelajar telah mengambil peluang menghadapi pelajaran sebagai
persediaan. Jangan ada di dalam fikiran pelajar, bahawa demgan musim
Corbid-19, ,barangkali ada pertimbangan yang lebih ringan dari segi
peperiksaan, kerana nilai dan standard pengajian dan mutu peperiksaan tiada kompromi.
Penilaian standard tidak berubah dan soal mutu tidak ada kompromi.
Apa
yang perlu bagi pelajar memahami dan menguasai semua bidang pelajaran yang
dihadapi, Ambil peluang selepas kembali ke sekolah bertanya guru apa yang
kurang difahami semasa tutup sekolah yang
lepas. Banyak berbincang dengan rakan-rakan sepengajian mengenai persoalan yang
tidak difahami.
Jangan
ada di dalam fikiran dan tindakan pelajar konsep memilih bahagian tertentu dan
meninggalkan sebahagian yang dianggap tidak keluar dalam peperisaan. Tumpukan
perhatian kepada semua yang terangkum di dalam kurikulum dan jadikan amalan
memahami pelajaran dan menguasai fakta-fakta. Menguasai fakta adalah faktor
utama bagi mendapat markah yang baik yang dipersembahkan dengan teratur dan
baik.
Latihan
di dalam memahami kehendak soalan dan memberi jawapan yang tepat adalah penting
di dalam menjawab soalan. Sebab itu perlu sering mengadakan latihan menjawab
dengan memahami dan menepati dengan kehendak soalan. Kesedaran tentang tepat
atau tidak dapat disedari melalui perbincangan.
Ingatlah
setiap soalan di dalam peperiksaan,
telah tersedia skema jawapan yang disediakan bagi pemeriksa. Sebarang olahan
dan tambahan seharusnya tidak lari darii kehendak soalan.
Bertanyalah
guru-guru, kerana antara mereka berpengalamandi dalam memeriksa kertas
peperiksaan. Pengalaman yang sedemikian amat berguna bagi pelajar yang diajar oleh
guru berpengalaman.
Sekian.
No comments:
Post a Comment