June 10, 2020

TARIKH 18 MAC 2020 PENTING


TARIKH 18 MAC 2020 PENTING
(Fikrah Bangi: 584),
BBB: 18 Syawal 1441H. = 10 Jun 2020M. (Rabu).

Selepas  Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia dan kabinet Kerajaan Pakatan Nasional, maka tarikh 18 Mac adalah penting, khususnya  tindakan  memerangi Covid-19 yang ketara pada masa itu di China, Iran dan Itali. Kerajaan Malaysia mulai mengambil tindakan dan mulai dari tarikh berkenaan dikeluarkan SOP untuk diikuti rakyat.
Beberapa akronim mulai digunakan. Yang menjadi induk bagi SOP ialah akronim  PKP yang bermaksud  `Perintah Kawalan Pergerakan`
Akronim ini bermula dari Perdana Menteri, hasil dari mensyuarat Kabinet Menteri dan diperturunkan melalui Menteri Kanan Keselamatan Dato` Seri Ismail Sabri dan Ketua Pegawai Kesihatan Malaysia Dato` Dr. Nor Hisham Abdullah melalui Sidang Media yang diadakan setiap hari dan merupakan berita yang ditunggu-tunggu pengamal media dan rakyat setiap hari.
PKP sebenarnya adalah rumusan peraturan yang dikenakan terhadap rakyat bagi mengelak dari dijangkiti wabak Covid-`9.
P = Perintah
K = Kawalan
P = Pergerakan
Arahan utama yang sentiasa diulang-ulang, ialah perintah supaya `Berada Di Rumah` yang merupakan tempat yang paling selamat bagi seseorang dari dijangkiti Covid-19.
Hasil dari kawalan pergerakan timbul amalan yang kemudian dirumuskan kepada akronim 3-S (C)  dan 3 – W.
Akronim 3 S.
Seseorang tidak digalakkan  berada di tempat yang `Sesak`,  ramai orang dan timbullah konsep jarak hendaklah sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Ini diamalkan dalam dewan, di tempat ibadat, bahkan di dalam kenderaan.
Konsep S kedua ialah Sempit.
Seseorang tidak digalakkan berada pada tempat yang sempit, tidak menjaga jarak dan tidak cukup oxygen yang boleh menggalakkan jangkitan
Manakala S ketiga bermaksud `Simbang`
Seseorang juga tidak digalakkan bercakap di dalam jarak yang dekat. Seseoang juga dikehendaki mengawal bila batuk dan bersin.
Kelompok akronim 3 W bermaksud:
W pertama  bermaksud `Wash`, seseorang digalakkan sering membasuh tangan, kerana virus dapat menjangkiti melalui sentuhan dan elak dari banyak bersentuhan, bahkan tidak digalakkan bersalam, bagi mengelak dari sentuhan yang bervirus.
W yang kedua ialah `Wear`, iaitu memakai. Satu norma baru selepas Covid-19 ialah digalakkan memakai `Maska` , iaitu pelitup hidung dan mulut agar tidak berlaku sebaran virus melalui hidung dan mulut
W yang ketiga bermaksud `Warn`, iaitu warnimg dari pihak berkuasa agar dipatuhi, seperti mematuhi jarak, tidak keluar dari rumah, melainkan perkara mustahak
Pendek kata selepas musim Virus  Covid-19 terbentuk norma-norma yang tidak normal sebelumnya. Semuanya adalah usaha bagi mencegah merebak dan memutuskannya dari berkembang dengan menjarakkan kedudukan. Kaedah ini perlu dilakukan, lantaran setakat ini tiada vakstin yang dapat menghapuskan virus tersebut.

Sekian

No comments:

Post a Comment