PEMULIHAN:
ANTARA BIDANG PENTING
(Fikrah
Bangi: 592),
BBB: 27 Syawal 1441H. = 19 Jun 2020M. (Juma`at).
Antara
golongan yang terjejas teruk akibat dari Covid-19, ialah:
1)
Golongan Peniaga
Terutama
golongan peniaga kecil seperti peniaga warung, restoran, pasar malam, bahkan
kedai-kedai biasa yang terpaksa ditutup sepanjang musim Covid-19 sehingga
melangkaui tiga bulan sebelum dari
tibanya PKPP bermula 19 Jun 2020. Bayangkan mereka yang bekerja di dalam
sektor perniagaan di atas tidak mempunyai sumber pendapatan. Mereka dikehendaki
berada di rumah. Di dalam hal ini bantuan yang diberi kerajaan bagi semua rakyat
yang terhenti sumber pendapatan yang
diagihkan dari peruntukan sebanyak RM65 bilion itu menyelamatkan mereka dari
kekeringan wang. Dengan bermulanya PKPP
dan mereka juga berpeluang mendapat peruntukan insentif bagi memulakan
perniagaan membantu mereka memulihkan perniagaan.. Kini peniaga-peniaga kecil
ini kembali memulakan perniagaan. Restoran dan kedai-kedai makan mula
dikunjungi pelanggan, bahkan semua bidang perniagaam mulai pu;ih kembali. Satu
fenomena baru yang tumbuh dalam musim Covid=19,ialah perniagaan atas talian.
Dalam masa disekat pergerakan, ada kalangan yang menghasilkan pembuatan,
khususnya makanan diiklankan melalui internet dan bahan-bahan yang dihasilkan
dihantar melalui riders, bahkan dihantar melalui pos. Perniagaan atas talian
ini berterusan mendapat tempat dan ianya satu perusahaan baru yang makin
berkembang. Ianya menggalakkan bekerja dari rumah dan memberi peluang pekerjaan
kepada riders. Hidupnya perniagaan ialah dengan terbukanya sekatan pergerakan
yang masih diingat menjaga SOP.
2)
Bidang Sukan
Bidang
yang terjejas teruk akibat dari Covid-19 ialah bidang sukan. Tersekatnya bidang
sukan ialah kerana bidang berkenaan melibatkan himpunan ramai yang sukar
dikawal dari segi penjarakan dan dari berlakunya sentuhan. Bayangkan perlawanan
bola sepak yang melibatkan ratus ribu penonton. Ianya memudahkan merebaknya
wabak. Keadaan yang sama bagi pemain dan penonton badmintom, tenis, rugbi,
sepak raga dan berbagai sukan yang lain yang melibatkan penonton yang ramai.
Walaupun selepas PKPP pertandingan secara konvensional belum dilakukan.
Latiahan-latiham sedang dilakukan. Ada yang mencadangkan sukan tanpa penonton,
sudah tentu tidak menyeronokkan. Walau bagaimana sukan tanpa melibatkan
sentuhan antara pemain seperti badmintin,
boling, tenis boleh dijalankan.
Tapi sukan secara keseluruhan seperti peringkat olympid yang dijangka
berlangsungv di Tokyo masih tidak dapat mengatasi masalah kemungkinan jangkitan
dan masih tertangguh.
3.
Kunjungan Ke Luar Negara
Setakat
ini kebebasan berkunjung keluar negara,
walaupun sudah dalam tempoh PKPP, ianya terhad kepada di dalam negara. Bagi
yang datang dari luar negara mesti melalui SOP yang ketat dan melalui kurantin.
Negara kita berjaya menyekat wabak Covid-19, sedangkan wabak ini masih merebak
seperti di Amerika Utara dan Selatan, di Eropah, India dan sebagainya, maka
kiranya kebebasan berkunjung dibenarkan adalah dibimbangi wabak ini akan
berkembang dan mengancam negara kita. Cadangan membenarkan pelajar luar kembali
belajar di sini perlu dilakukan secara hati-hati.
4)
Kawalan Dari Pati
Masalah
yang dihadapi negara ialah ramainya pendatang haram di negara ini sehingga
dikatakan mencapai angka 3 juta. Mereka yang tidak terkawal ini sebagaimana
terbukti banyak membawa wabak Covid-19. Dengan PKPP diharap kerajaan dapat mengeluarkan
mereka dari negara ini. Mereka mengambil hak rakyat dari segi pekerjaan. Dengan
mengembalikan mereka ke negara asal mengurangkan wabak dan memberi peluang
rakyat mengambil alih pekerjaan yang dimonopoli mereka seperti di pasar-pasar
borong, sektor pembinaan dan pertanian.
5)
Politik
Dengan
Covid-19 meredakan perbalahan politik
berterusan. Rakyat aman dari hasutan politik dan lebih tertumpu bagi memulihkan
kehidupan dan ekonomi. Walau bagaimana pada awal Julai ini akan ada satu
pilihanraya Kecil di Chini, Pahang. Ianya memberi pengalaman baru dari segi
kempen dan pengundian yang dapat dijadikan contoh pada masa hadapan. Misalnya kaedah
mendaftar calon, kempen secara atas talian, kaedah mengundi mangsa Covid-19,
jika ada dan sebagainya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment