June 8, 2020

DIRGAHAYU TUANKU


DIRGAHAYU  TUANKU

Selamat Sejahtera Bertakhta
Sempena Ulang Tahun
Hari Keputraan Rasmi
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Seri Paduka Baginda Yang Di.Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah
Sultan Yang Amat Bijaksana
Tatkala kemelut politik memuncak
Perebutan  kuasa kerusi Perdana Menteri
Antara tokoh=tokoh politik veteran
Baginda memanggil mereka berkenaan
Dan Ahli-Ahli Parlimen mendapat pandangan
Akhirnya pada awal Mac 2020 itu Baginda buat  penentuan
Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri pilihan.

Di atas amanah pilihan Baginda
YAB Tan Sri Muhyiddin sedang berjuang
Bersama pasukan secara bijaksana
Memutuskan wabak Covid-19 menyerang dunia
Memulihkan ekonomi negara ke landasan
Untuk kesejahjtraan rakyat yang memberi sokongan.

Dirgahayu Tuanku dengan Kebijaksanaan
Insya Allah Negara Maju Ke Hadapan.

(Fikrah Bangi: 582),
BBB:  16 Syawal 1441H. = 08 Jun 2020M. (Isnin).

No comments:

Post a Comment