MENUNGGU
KEIZINAN SOLAT JUMA`AT
Sejak
penangguhan solat Juma`at
Dengan
gantian solat Zohor
Mulai
dari Juma`at 25 Rajab 1441 Hijri
Bersamaan
20 Mac 2020 Masihi
Akibat
dari wabak Covid-19
Hingga
mutakhir Juma`at 5 Jun kini
Masjid
itu terus sepi dari imarah Juma`at
Tiada
kepastian perkembalian itu
Menjadi
persoalan ahli kariah.
Membandingkan
meriahnya pasar berdekatan
Dan
sayunya masjid dari kehadiran.
Pun
begitu dengan adanya keizinan
Bagi
masjid pilihan dengan 12 orang
Di
Kelantan dengan 40 orang
Dan
semalam untuk Wilayah
Jumlah
menurut kapasiti ruang
Semuanya
menurut SOP ditentukan
Kebenaran
kembali solat Juma`at juga berlaku
Di
Masjid Agung Istiqlal dan lain di Jakarta
Juga
kembali pembukaan di Amman Jordan
Adalah
positif bakal kembali berjuma`at
Di
Masjid Al-Umm sepenuh harap
Bersyukur
jika berlaku dalam masa terdekat.
Namun lebih lagi diharap
Jangan
kembali gelombang baru
Menyebabkan
kembali sekatan
Menjadikan
semua terancam.
Bersama
harapan kembalinya Juma`at
Jangan
lalai dari segi pematuhan SOP
Amalkan
3-S dan 3-W
Semoga
kita bukan saja dapat kembali berjuma`at
Tetapi
selamat dari wabak
Dan
segalanya kembali normal
Tiada
lagi halangan berjuma`at
Dan
masjid kembali bergiat.
(Fikrah
Bangi: 581),
BBB: 15 Syawal 1441H. = 07 Jun 2020M (Ahad).
No comments:
Post a Comment