FAKTOR
MEMAJUKAN WARGA DAN NEGARA
(Fikrah
Bangi:: 577),
BBB: 11 Syawal 1441H. = 03 Jun 2020M. (Rabu).
Universiti
adalah agent bagi kemajuan individu – warga negara dan bangsa. Universiti bukan
saja dilihat sebagai institusi yang memperkembangkan ilmu demi ilmu, tetapi
juga dilihat dari segi praktikal, bahawa dengan ilmu dapat memajukan individu
sebagai warga negara dan juga negara. Lamtaran itu semua bidang yang dapat
memajukan individu sebagai warga negara dan negara hendaklah dikaji dan
diterokai oleh universiti bagi kepentingan masyarakat dan negara. Dalam kata
lain universiti adalah agent bagi memajukan individu, masyarakat dan negara.
Terlalu banyak bidang yang seharusnya diteroka dan disediakan bagi invividu, masyarakat dan negara maju. Di
bawah disentuh bidang-bidang utama:
1)
Pendidikan
Warga
negara atau rakyat adalah faktor penting di dalam memajukan negara, sebab itu
negara atau pemerintah hendaklah mewujudkan pendidikan terbaik bagi warga
negaranya dari peringkat pra-sekolah, persekolahan, kolej, pra-universiti dan
universiti dan berbagai peluang pelajaran bagi warga negara. Semakin masyarakat
berpelajaran makin maju masyarakat. Berbagai bidang pelajaran perlu disediakan.
Antaranya:
2.
Ekonomi
Faktor
penting di dalam memajukan masyarakat dan negara, bahkan hingga kepada
peringkat antarabangsa. Bidang ini banyak disedia dan diteroka oleh universiti
dan merupakan pilihan popular bagi pelajar. Termasuk di bawah ekonomi ialah
perdagangan, kewangan dan sistem-sistem
yang berhubungan dengannya.
3.
Pertanian dan Perladangan
Dua
bidang yang amat penting sebagai sumber makanan dan penghasilan. Dalam keadaan
gawat seperti wabak Covid-19, negara
tidak dapat bergantung pada luar, maka
berdikari dari segi pertanian dan perladangan amat penting.
Pertanian
termasuklah penggunaan tanah bagi menghasilkan padi, buah-buahan dan
sayur-sayuran. Termasuk di bawah bidang pertanian ialah perikanan baik di laut
sungai dan kolam daratan
Manakala
bidang perladangan ialah menghasilkan seperti kelapa sawit, getah, kayu-kayan dan
berbagai tumbuhan yang menghasilkan pendapatam.
4
) Pentadbiran
Perjalanan
negara, pemerintahan, mentadbir organisasi, pejabat, institusi dan berbagai urusan perniagaan memerlukan pentadbiran yang
baik, maka kemahiran pentadbiran seharusnya ditawarkan oleh universiti
5.
Pelamcongan
Sektor
pelancongan menjadi sektor yang penting bagi penghasilan negara. Sebab itu
segala perkara yang berhubung dengan pelancongan wajar disediakan oleh universiti. Ini termasuk mempromosikan dari segi pemuliharaan alam semula jadi,
warisan, budaya, seni, ciri masyarakat, berbagai kemudahan disediakan bagi
pelancong dalam negara dan luar negara.
Bersambung
...
Sekian.
No comments:
Post a Comment