June 4, 2020

BIDANG-BIDANG KEILMUAN PENTING


BIDANG-BIDANG KEILMUAN PENTING
(Fikrah Bangi:  578),
BBB:   12 Syawal 1441H. = 04 Jun 2020M. (Khamis).
Selain daripada lima bidang penting yang biasa ditawarkan sebagai pengajian di universiti, terdapat banyak lagi bidang pengajian di universiti antaranya ialah:
1)    Bidang Perubatan
Bidang yang popular yang ingin dimasuki oleh pelajar-pelajar di dalam bidang bio-science, tetapi memerlukan kelulusan terbaik dan tidak mudah untuk dimasuki pelajar yang sederhana pencapaian di dalam bidang akademik. Setakat ini tiada universiti perubatan khas. Bidang perubatan menjadi salah satu fakulti di dalam sebuah universiti yang mengandungi berbagai-bagai fakulti. Setakat ini universiti terawal dan  terkenal di negara ini menawarkan pengajian perubatan seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaydia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putera Malaysia. Beberapa universiti yang lebih baharu turut menawarkan pengajian perubatan. Jumlah pengajian perubatan di negara ini sudah mencukupi sehingga graduan  perubatan, termasuk lulusan dari luar negara kini sukar mendapat jawatan.
2)    Bidang Teknikal
Terdapat dua buah universiti yang membawa nama teknik. Sebuah daripadanya yang agak lebih awal, iaitu Universiti Teknologi Malaysia dan sebuah lagi ialah Teknikal Universiti Melaka.. Tumpuan pengajian adalah bidang sains seperti engineering dan yang bersifat teknik.. Bidang seperti ini terdapat juga di universiti-universiti yang tidak membawa nama teknik sebagai fakulti.
3)    Bidang  Komunikasi dan Multi Media
Bidang yang popular pada masa kini, khususnya bagi bidang IT. Bidang ini merapatkan hubungan antara manusia. Pengurusan moden banyak disumbang olehn IT. Termasuk di bawah komunikasi ialah kewartawanan. Setakat ini terdapat hanya sebuah universiti yang membawa nama – Universiti Multi Media. Namun universiti ini tidak menonjol di dalam bidang multi  Medioa. Bidamhg ini ditawarkan juga oleh universiti-universit iyang tidak membawa nama IT dan Multi Media.
4)    Bidang Perundangan
Tiada universiti khas bagi perndangan, tapi ditawarkan oleh universiti seperti Universiti Malaya dan  Universiti Kebangsaan Malaysia, termasuk ditawarkan oleh universiti lebih baharu seperti Universiti Islam Antarabangsa dan UITM.
5)   Bidang Pertahanan
Adalah berkait dengan ketenteraan dan pertahanan negara. Setakat ini sudah diwujudkan universiti Pertahanan Negara. Universiti ini agak muda. Wajar dimasukkan ke bawahnya bidang keselamatan, iaitu kepo;isian dan pertahanan awam.

Sekian.

No comments:

Post a Comment