June 25, 2020

PRIHATIN TERHADAP PENDIDIKAN


PREHATIN TERHADAP PENDIDIKAN
(Fikrah Bangi:  596),
BBB:  03 Zulkaedah 1441H. = 25 Jun 2020M. (Khamis).
Dua bidang yang paling utama menjadi perhatian semua pihak dalam masa Covid-19 ialah ekonomi dan pendidikan.
Membicarakan khusus dari segi pendidikan, semasa Covid-19  menyerang dan sekolah terpaksa ditutup banyak perbincagan tentang bila persekolahan, bahkan universiti dapat dibuka kembali, kerana semua pihak menyedari terganggunya pengajian setelah tiga bulan tidak bersekolah. Sebelum sekolah dibuka dibincangkan procedure dan SOP yang perlu dipatuhi bila sekolah dibuka. Keputusan telah diambil sekolah-sekolah dibuka pada Rabu 24 Jun 2020 semalam.
Berita melaporkan – oleh semua media,  perkembalian ke sekolah ini diberi perhatian bukan saja oleh guru, tetapi pihak Kementerian,Pejanat Pelajaran,  PIBG,  Polis, Kesihatan, ibu bapa dan NGO. Al-hamdulillah berita berbagai media pagi ini melaporkan semuanya berjalan lancar. Semuanya ini mencerminkan semua pihak prehatin terhadap pendidikan, khususnya pada musim  Covid-19 yang mengganggu normal pendidikan.
Selepas kembali persekolahan bagi peringkat menengah atas, setelah berjalan dengan baik – Insya Allah, perbincangan akan berlaku bila  bahagian pendidikan yang lain, iaitu peringkat menengah rendah dan sekolah rendah  wajar kembali dibuka dan tentulah dibicarakan tentang procedure dan SOP yang harus digariskan dan harus dipatuhi.
Semua perubahan baru perlu dilakukan yang dikatakan sebagai norma baru bagi pendidikan.
Kita melihat sesuai dengan zaman baru – pasca Covid-19, sesuai dengan pemerintahan dan politik baru , bahkan dunia baru pasca Covid 19, maka perubahan sesuai dilakukan xecara menyeluruh. Bermaksud oleh kerana terhalangnya pembelajaran, maka pembaharuan dilakukan  pengajaran secara maya yang melibatkan teknik dan teknologi pengajaran sahaja, tetapi tidak melibatkan segala aspek yang lain secara menyeluruh
Bermaksud anak-anak dan pelajar sebagai aset negara, maka perhatian negara hendaklah diberi kepada anak-anak  sebagai generasi yang bakal  mengendalikan negara sebaik mungkin dalam semua bidang berdasarkan sebaik pendidikan yang dapat diberi kepada mereka.
Dalam kata lain pendidikan yang diberi oleh negara bersifat menyeluruh. Maka persediaan pendidikan disedia dan diberi peluang bagi semua anak-anak dari kecil dari peringkat paling rendah kepada peringkat paling tinggi yang termampu oleh pelajar.
Bagi maksud di atas negara mesti membuat paraturan dasar dan prinsip Pendidikan Negara secara menyeluruh dari peringkat jagaan anak-anak pada peringkat pra sekolah, tadika, sekolah, kolej dan universiti (termasuk universiti swasta).
Dasar Pendidikan Negara secara menyeluruh ialah bagi memberi peluang kepada anak-anak warga negara mendapat peluang pendidikan terbaik  bagi memperkembangkan potensi yang ada pada setiap anak-anak, tanpa diskriminasi.

Bagi tujuan ini falsafah, prinsip dan dasar pendidikan Negara secara menyeluruh hendaklah dirangka secara lengkap  dan terbaik bagi dijadikan dasar dan panduan pendidikan secara menyeluruh bagi semua peringkat. Ianya melibatkan tenaga penggubal dasar Pendidikan Negara terbaik, bagi mendididik warga negara, penyediaan kurikulum bagi semua peringkat,  kandungan bagi semua peringkat,, pendidikan guru, persediaan infra-struktur  dan pentadbiran.
Rangka dan dasar pendidikan negara  yang teratur dan  syumul menghasilkan kaedah pendidikan terbaik dan mengeluarkan  generasi bermutu untuk kepentingan negara, bangsa dan agama.
Sekian. 

No comments:

Post a Comment