AKRONIM PKPP: MAKSUD
(Fikrah
Bangi: 590),
BBB: 25 Syawal 1441H. = 17 Jun 2020M. (Rabu).
Akronim
PKPP ialah perlanjutam mutakhir bagi PKP. Selepas
PKP
= Perintah Kawalan Penjarakan bermula 18 Mac 2020, diteruskan
PKPB
= Perintah Kawalan Penjarakan Bersyarat mulai 01 Mei 2020
PKPP
= Perintah Kawalam Penjarakan Pemulihan. Bermula dari 10 Jun 2020,
Kewajaran
perubahan kepada PKPP. Antaranya:
1)
Kawalam terhadap ancaman Covid-1919
dapat diturunkan kepada tahap terendah. Malaysia disifatkan satu daripada lima
buah negara terbaik di dalam mengawal wabak
Covid-19. Setakat ini kematian direkodlam ialah 121 orang.
2)
Setelah tiga bulan kawalan rakyat
tertekan dari segi ekonomi. Tiada pendapatan dan kadar menganggur pada bulan
April 2020, menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Islam
berjumlah 778,800 dan angka ini akan terus bertambah.
3)
Kerajaan telah mengeluarkan
peruntukan bagi merangsangkan ekonomi kali pertama berjumlah RM65 biliom diikuti dengan rangsangan kedua RM35
bilion dengan tambahan RM10 bilion. Jika pertambahan perlu dilakukan menyebabkan
kerajaan terpaksa berhutang
4)
Kerajaan-kerajaan yang lain seperti
Thailand, bahkan Itali yang teruk
mengalami wabak Covid-19 dan mulai reda dari ancaman, telah membuka ruang bagi
pemulihan ekonomi yang terjejas.
5)
Kerajaan mempunyai pengalaman dan
persediaan yang cukup bagi mengawal wabak Covid-19, maka perlaksanaan PKPP
dapat dikawal.
Lantaran itu Perdana Menteri telah mengumumkan tentang
PKPP yang mulai berlangsung pada 10 Jun 2020 dengan mematuhi SOP. Setakat ini
berjalan dengan baik dan diharap dengan PKPP
keadaan ekomomi secara beransur-ansur dapat dipulhkan dan diharap segalanya
dapat kembali berjalan dengan baik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment