June 14, 2020

KESAN PKP; PENDEKATAN EKONOMI 3R


KESAN PKP: PENDEKATAN EKONOMI 3R
Fikrah Bangi:  588),
BBB:   22 Syawal 1441H., = 14 Jun 2020M. (Ahad).

Akibat dari wabak Covid-19 dan perlaksanaan PKP mulai 18 Mac 2020, maka sektor yang paling teruk mengalami kemerosotan ialah sektor ekonomi.. Kegiatan ekonomi hampir terhenti sama sekali. Orang ramai diminta berada di rumah sepanjang masa. Adalah diungkapkan `Stay Home, Stay Safe`.  Akibatnya kegiatan ekonomi terhenti. Pekerja sendiri dan pekerja harian tidak dapat menjalankan kegiatan. Yang mau berniaga pada Bazae Ramadhan tidak dibenarkan.  Peniaga-peniaga tidak dapat menjalankan perniagaan, kecuali pasar yang menjual keperluan harian dibenar dibuka secara terhad.. Kilang-kilang ditutup dan boroh-bproh seperti binaan hilang pekerjaan. Perkhidmatan pengangkutan terhenti,, Pejabat dan pusat perkhidmatan ditutup., industri pelancongan dan segala khidmat sokongan terhenti. Pendek kata semua sektor terkesan dari segi ekonomi. Tidak ramai yang mempunyai persediaan kewangan, khususnya yang berkerja diibaratkan ` Kais pagi, makan pagi dan kais prtang makan petang.` Bagi yang ada sedikit simpanan, dapat bertahan di dalam beberapa minggu. Lantaran itu ramai yang terputus kewangan. Usaha dilakukan secara volunteer membantu membekalkan makanan bagi mereka yang terancam, tapi tidak mengatasi masalah.
Al-hamdulillah dalam Kabinet yang baru dilantik, Menteri Kewangan  Dato` Seri Zafrol bin Tengku Abdul Azizz melalui keputusan Kabinet mempunyai pendekatan dari segi ekonomi dan kewangan.  Bagi mengatasi kemerosotan kewangan di kalangan rakyat  beliau menampilkan cadangan yang berani,  dengan Pendekatan 3R`, iaitu Rancang, Rangsang dan Rancak Ekonomi.
Pada masa kegiatan ekonomi terhenti, rakyat hilang pekerjaan dan dijangka dua ratus ribu menganggur, maka dirancang agar kuasa beli dihidupkan di kalangan rakyat agar kebekuan aliran kewangan dicairkan dengan membolehkan rakyat berbelanja dan dengan demikian ekonomi dihidupkan.
Bagi tujuan ini  Kerajaan melaburkan sebanyak RM65 bilion yang diagihkan kepada rakyat. Tindakan yang melibatkan 16% daripada hasil negara kasar ini, disifatkan amat berani dan tiada pernah dilakukan sedemikian sebelum daripada ini. Dengan mengagihkan kewangan sejumlah tersebut, ianya menjadi rangsangan bagi rakyat berbelanja dan menghidupkan aktiviti ekonomi.
Selepas PKPP bermula dari 10 Jun ini, maka bagi merancakkan kegiatan ekonomi yang mulai bergerak, maka satu peruntukan lagi berjumlah RM35 bilion dikeluarkan bagi merancakkan ekonomi yang telah terangsang itu.  Konsep ini dikenal sebagai PENJANA. Peringkat perancakan ini mengabil masa hingga akhir Disember 2020 yang tentunya ada tambahan dan insentif-insentif yang lain.
Kini kita lihat berbagai-bagai sektor ekonomi mulai rancak.Pelancongan mulai rancak, perkhidmatan pengangkutan  menjalankan perkhidmatan dan berbagai tempat pelancongan mulai dibuka. Perniagaan dari berbagai kategori berjalan sesuai dengan berbagai sekatan yang telah ditarik.
Walau bagaimana semua pihak diingat supaya terus mematuhi SOP yang disifatkan sebagai norma baharu selepas  Covid-19, kerana kejayaan sementara di dalam memerangi Covid-19 tidak terjamin berkekalan sekiranya pengawasan tidak terus dilakukan, kerana dalam masa kita semakin pulih dari wabak, tempat-tempat lain sedang  bekembang dengan wabak seperti di Amerika, Brazil, Rusia, India  dan Afrika mengatasi Itali, Spanyol. UK, Perancis dan laon-lain. Kita perlu terus di dalam keadaan waspada.
Sekian.

No comments:

Post a Comment