PREHATIN KEPADA SEMUA PERINGKAT
(Fikrah
Bangi: 599),
BBB: 07 Zulkaedah 1441H. = 29 Jun 2020M. (Isnin).
Daripada
semua peringkat pendidikan yang dilalui manusia, maka peringkat pendidikan
awal, didapati kurang diberi perhatian
berbanding dengan peringkat rendah dan menengah. Peringkat dimaksudkan
ialah peringkat bayi dan peringkat kanak-kanak, iaitu dari lahir bayi hingga
berumur 6 tahun.. Bahkan pendidikan
peringkat ini diletak di bawah Kementerian Hal Ehwal Wanita dan bukan di bawah
Kementerian Pendidikan. Alasan diletakkan di bawah Kementerian Wanita, kerana
pada peringkat ini seorang anak masih rapat dan intim kepada ibu sebagai
wanita. Tetapi di dalam suasana seorang ibu bekerja di luar rumah, maka seorang
bayi atau anak kecil tidak dididik oleh ibu sepenuhnya. Pada hari-hari bekerja
bayi dan anak kecil dihantar ke Rumah
Jagaan Bayi dan ke Taska. Yang sebahagian besar dikendali oleh pihak
persendirian atau pendidikan secara swasta.
Apa
yang hendak ditekankan, bahawa seorang anak adalah merupakan aset negara dan
berpotensi memberi kelebihan kepada negara. Sebab itu pendidikannya sebagaimana
pada peringkat yang lain seharusnya sama diberi perhatian oleh negara.. Bagi
mempastikan seorang anak mendapat haknya sebagai warganegara hendalah
dipastikan, bahkan perlu disediakan
A) Tempat
dan suasana yang kondusif, misalnya dari segi tempat asuhan (bangunan) dan suasana alam sekitar yang baik.
B)
Mendapat makanan dan menyusu yang berzat
sesuai dengan tumbesar yang diperlukan
oleh anak-anak.
C)
Mendapat pakaian yang sempurna dan bersih.
D) Mendapat pengasuh atau pengasuh-pengasuh yang
berkelayakan.
E)
Terdidik menurut manual dan
kuruurikulum standard dan diasuh dalam suasana mesra dan kasih sayang
F)
Bagi anak-anak mendapat kebebasan bergerak dan bermain
bersama dengan kawan-kawan secara terkawal.
G) Mendapat
perubatan dari doktor yang bertauliah bila sakit.
H) Menjaga
keselamatan dan tidak dibiar diambil oleh mereka yang tidak dikenali
I)
Mempunyai hubungan yang baik dengan
ibu bapa anak-anak.
J)
Berbagai kebajikan dijaga bagi
kepantingan semua.
Lantaran
itu baik kerajaan atau Kementerian Wanita perlu mempastikan.
1)
Pihak yang membuka Pusat Asuhan Bayi dan Tadika
hendaklah berdaftar.
2)
Kerajaan menyediakan Pusat Jagaan
Bayi dan Tadika, jika disewa dipastikan bangunan bersesuaian.
3)
Permakanan dijaga kualiti dan wajar
mendapat subsidi dari Kerajaan.
4)
Pengasuh dan guru tadika mendapat
kursus dan lulus dan berkelayakan.
5)
Yuran dan kos kenderaan dikawal dan
wajar.
6)
Dilantik Doktor dan Pegawai Kesihatan
yang membuat lawatan dan pemeriksaan secara rutin.
7)
Mempastikan keselamatan bayi dan
anak-anak semasa di tempat didikan dan perjalanan.
8)
Mempastikan kurikulum dan manual yang disedia oleh Kementerian
dipatuhi
9)
Pihak Pentadbir dari Kementerian sekali sekala
turun membuat lawatan
10)
Berbagai SOP dikehendaki dipatuhi
Semua
keperluan di atas bertujuan agar seorang bayi dan kanak-kanak dijaga dan
mendapat pendidikan yang baik dan sebagai aset negara, diharap mereka akan
memberi sumbangan yang baik kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment