AKRONIM
DAN PENAMBAHAN AKSARA
(Fikrah
Bangi: 587).
BBB: 21 Syawal 1441H. = 13 Jun 2020M. (Sabtu).
Selepas
berlakunya wabak Covid-19 yang turut menyerang Malaysia dan seluruh dunia, maka
bagi menentangnya lahir pendekatan, antaranya menamakan tindakan dengan tajuk nama tertentu yang kemudian diringkaskan
sebutan sebagai akronim bagi meringkas dan memudahkan sebutan
Antara
akronim yang paling popular adalah ungkapam `Perintah Kawalan Pergerakan` yang
diakronimkan kepada (PKP). Bilakah lahirnya ungkapan yang diakronimkan dengan
PKP ini ?
Covid-19
yang diakronimkan dari ` Coronavirus 2019 itu diketahui bermula di Wuhan China
sejak Disember 2019. Pembicaraannya di Malaysia mulai bulan Januari 2020.
Bahayanya disedari, tetapi jangkitan di Malaysia belum disedari. Pada akhir Februari hingga 6 Mac 2020 berlaku
Ijtima` Jama`ah Tabligh peringkat Dunia di Markaz Seri Petaling, Kuala
Lumpur yang dihadiri ribuan pemdukung jama`ah dari seluruh dunia. Walau
bagaimana pada peringkat permulaan wabak virus Covid-19 masih belum disedari
berlaku di situ.
Kebimbangan
terhadap bahaya boleh merebaknya Covid-19 diambil tindakan oleh pihak kerajaan
apabila Berita Harian membawa berita muka hadapan, bahawa, `Sekatan Sementara
Tunai Umrah`, bermaksud kerajaan menyedari wabak Covid-19 dan menyekat umat
Islam di negara ini dari menunaikan Umrah. Pada 13 Mac, semua akhbar membawa
berita muka hadapanm bahawa World Health
Organization (WHO) di bawah Bangsa
Bersatu mengisytiharkan bahawa Coronavirus yang diakronimkan sebagai Covid-19
itu sebagai Pandemik.. Star pada hari itu menggesa orang ramai agar menjaga
jaeak dan pada 14 Mac orang ramai diminta menangguhkan semua acara yang melibatkan
ramai orang, dan pada 15 Mac Berita Harian melaporkan pihak Kerajaan mengadakan
mesyuarat khas berhubung dengan pandemid Covid-19.
Sebagaimana
dimaklum pihak Kerajaan Malaysia mulai 18 Mac 2020 melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan` Tajuk sedemikian
dilaporkan oleh Sinar pada 17 Mac, muka hadapan. Pada 18 Mac itu korban pertama
akibat Virus- Covid 19 berlaku di Sarawak dari kegiatan gereja di negeri itu
yang dijangka jangkitan dari Itali.
Kuatkuasa
sekatan dilakukan dan kerajaan mengingatkan, jika ingkar kerajaan mungkin
menggunakan tentera.
Arahan
keras juga diperingatkan, keingkaran boleh didakwa dan boleh dipenjarakan.
Jadu ungkapan Perintah Kawalan Pergerakan yang kemudian diakronimkan sebagai (PKP)
telah mulai digunakan pada 17 Mac lagi. Ungkapam dan akronim (PKP) terus diguna
dan dilaksanakan hingga kini. Ada berlaku penambahan aksara (huruf) berkait
dengan penambahan syaratm, tetapi tetap
berasaskan (PKP), misalnya PKPB (B =
Bersyarat) dan PKPP (Pelonggaran).
Semuanya mencerminkan pendekatan tambahan bagi PKP.
Sekian.
No comments:
Post a Comment