KESAN DARI
PKP
(Fikrah
Bangi: 585),
BBB: 19 Syawal 1441H. = 11 Jun 2020M. (Khamis).
Kesan
dari Perintah Kawalan Penjarakan (PKP) yang mula dilaksanakan mulai 18 Mac 2020
bukan setakat mengamalkan 3-S dan 3- W, tetapi implikasinya melibatkan
berbagai-bagai kesan. Kesan paling utana ialah:
1)
Bidang Ekonomi dan Perniagaan
Untuk
mengelak dari jangkitan sebagaimana telah disebut orang ramai diminta berada di
rumah dan jangan keluar, melainkan perkara yang perlu.
Sebagai
kesannya perniagaan tidak berlangsung sebagai contohnya bazar Ramadhan tidak
dibenarkan diadakan. Kedai-kedai runcit ditutup, peniaga-peniaga makanan
seperti restoran terjejas, kerana tiada yang membeli, kilang-kilang ditutup, kerana tiada pekerja. Turut
ditutup kedai-kedai. hotel-hotel tiada pelanggan, peniaga-peniaga kecil-kecilan
seperti warung dan sebagainya juga terhenti. Pendek kata semua sektor ekonomi dan
perniagaan terjejas. Orang ramai berada di rumah. Pendek kata sektor ekonomi
dan perniagaan lumpuh.
2)
Sektor Pendidikan
Antara
sektor yang terjejas ialah sektor pendidikan. Anak-anak dan pelajar tidak dapat
ke sekolah, takut berlaku jangkitan, bahkan sekolah-sekolah ditutup. Ini
mengganggu pembelajaran dan penerusan pengajian pelajar. Bukan saja sekolah,
tetapi universiti-universiti juga terpaksa ditutup. Pengajaian-pengajian
pelajar terganggu dalam tempoh tiga bulan dan banyak pelajaran yang
ketinggalam. Satu kaedah baru mesti dicari bagi mengatasi pengajian yang
tertinggal. Keadaan yang sama dihadapi
oleh pelajar-pelajar di universiti.
3)
Bidang Pelancongan
Bidang
pelancongan adalah mengalami
kemerosotan, oleh kerana, tiada siapa mau melancong,. Baik yang bersifat di
dalam negara atau di luar negara. Ia memberi akibat kepada sektor pengangkutan
seperti bas, teksi, bahkan penerbangan. Semua pengangkutan terhenti dari
perkhidmatam lantaran itu hotel tidak dikunjungi, perkhidmatan makanan tidak
dapat dissajikan. Akibatnya pusat-pusat pelancomgan seperti Langkawi, Melaka
dan tempat-tempat yang lain tidak dikunjungi dan ianya memberi kesan bagi
segala kegiatan yang berhung dengan pelamcongan.
4.
Pentadbiran
Turut
menerima akibat ialah bidang-bidang pentadbiran. Pejabat-pejabat ditutup.
Urusan-urusan rasmi terganggu, lantaran itu segala urusan pentadbiran
terganggu..
4)
Ibadat
Akibat gangguan dari Corvid-19, iamya mengganggu
dari kegiatan agama. Misalnya dalam bulan Ramadhan tiada iftar di masjid, tiada
tarawih, bahkan tiada solat Juma`at dalam tempoh tiga bulan. Setengah tempat
tiada solat berjama`ah di masjid dan surau, tetapi bagi setengah negeri dibenarkan
berjama`ah oleh tiga orang, iaitu Imam, Bilal dan Siak sebagai melepaskan
tyntutan kifayah. Turut terganggu
kegiatan ibadat di Gereja, Kuil dan rumah ibadat yang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment