PENJENAMAAN
UNIVERSITI DENGAN ISLAM
(Fikrah
Bangi: 579),
BBB: 13 Syawal 1441H. = 05 Jun 2020M. (Juma`at).
Antara
bidang keilmuan yang ditawarkan di universiti, bahkan membawa nama bagi
universiti ialah:
1)
Islam
Terdapat
beberapa buah universiti yang menjenamakan universiti dengan Islam, iaitu
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang lahir selepas 1980an, Universiti
Sains Islam Malaysia dan Universiti Islam Malaysia. Penjenamaan Islam kepada
universiti seperti UIAM di Gombak Selangor bagi merealisasikan pendekatan,
bahawa semua ilmu dapat didekati dengan Islam. Misalnya konsep ekonomi adalah ekonomi
yang dlihat secara Islam. Demikianlah dengan bidang-bidang seperti perundangan,
pendidikan, pembangunan dan sebagainya. Setakat mana kejayaan perlu dibuat
kajian. Pendekatan ini berbeza dari
pendekatan Fakulti Islam seperti di UKM atau Akademi Islam di Universiti Malaya
yang merupakan satu bahagian yang tersendiri
dari segi bidang keilmuan Dalam kata lain bahagian lain tidak semestinya
selari dengan pandangan Islam.
Sebuah
lagi universiti yang menjenamakan dirinya dengan Islam ia;ak Universiti Sains Islam Malaysia
yang lahir selepas tahun 2000. Universiti ini melihat dari segi Islam,
bahawa semua ilmu adalah sebagai sains secara menyeluruh. Di bawahnya terbahagi
misalnya sains tulen, kemanusiaan,kerohanian dan sebagainya. Sebagaimana UIAM
melihat semua ilmu dapat di;ihat secara
perspektif Islam,maka demikianlah dengan universiti ini. Namun hasil-hasilnya belum dapat ditampilkan
dengan jelas. Jika ada perbedaan, maka tidak juga diperlihatkan dengan jelas
atau apakah ianya sekadar menjenamakan sedangkan operasi dan pendekatannya
tidak berbeza dari IPTA dan LPTS yang lain ?
Sebuah
lagi universiti yang lahir agak baru iaitu
selepas 2010 ialah Universiti Islam Malaysia. Universiti ini lahir bagi
melanjutkan tradisi Kolej Islam yang
ditubuhkan pada tahun 1956 – menjelang kemerdekaan. Hasrat mewujudkan
universiti Islam telah lama dirancangkan, ketika UKM mau didirikan, pihak yang
memperjuangkan universiti Islam lanjutan dari Kolej Islam mau universiti itu
dinamakan sebagai universiti Islam, tetapi yang nyata pejuang-pejuang
kebangsaan lebih berjaya dan universiti dinamakan Universiti Kebangsaan
Malaysia, bukannya universiti Islam, nama Islam hanyalah sebagai satu fakulti
di UKM. Ini tentulah tidak memuaskan hati terutama bagi alumnai Kolej Isalam
Malaya. Kelahiran UIAM, walaupun pada asalnya menggunakan tapak bagi Kolej
Islam di Petaling Jaya, selepas di Kelang, pihak pejuang Kolej Islam melihatnya bukan sebagai
Universiti Islam lanjutan Kolej Islam Kelang sudah tentulah dilihat tidak
mencerminkan hasrat dan konsep Kokj Islam Kelang, demikian dengan kelahiran Universiti Sains Islam Malaysia juga
tidak memenuhi hasrat pejuang dan alumnai Kolej Islam Kelang. Lantaran itu
pendukung bagi lanjutan Kolej Islam Malaya berhasrat menubuhkan Universiti
Islam Malaysia. Kumpulan ini diketuai oleh
alumnai Kolej Islam Malaya Tan Sri Dato` Dr. Yusof Noor. Hasil dari
hasrat mereka ini,mereka telah menubuhkan `Universiti Islam Malaysia` yang
bertapak di Cyber Jaya, Selangor. Sebagaimana telah disebutkan, universiti ini
hanya mengambil pelajar secara terhad, iaitu pelajar pada peringkat sarjana dan
Ph. D di dalam bidang-bidang yang releven dengan hasrat dan cita-cita
universiti berkenaan. Universiti ini mempunyai kawasan kampusnya yang tersendiri
di Cyber Jaya Selangor.
Walaubagaima
falsafah, dasar dan pendekatan universiti ini, masih tidak jelas, sekurang-kurangnya
bagi orang awam. Kegiatannya juga tidak menonjol.
Dengan
tiga buah universiti yang menjenamakan diri dengan Islam sudah cukup wadah bagi
universiti-universiti berkenaan memperjuangkan ilmu dari perspektif Islam. Kita
menunggu hasil yang jelas yang membedakan universiti, perjuangan, pendekatan
bahkan keistimewaan dan kejayaan mereka berbanding dengan universiri-universiti
yang tidak menjenamakan mereka dengan Islam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment