June 2, 2020

PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA: PERBINCANGAN


 PENGAJIAN  TINGGI DI MALAYSIA:  PERBINCANGAN
(Fikrah Bangi:  576),
BBB:   10 Syawal 1441H. = 02 Jun 2020M. (Selasa).

Dapatlah dikatakan bahawa perkembangan pengajian tinggi di Malaysia dari segi jumlahnya adalah memberangsangkan. Pertumbuhan pengajian tinggi yang dikenali dengan universiti adalah berlaku selepas 1970an. Dalam tempoh setengah  abad, terdapat sejumlah  yang agak banyak di negara ini, iaitu sekitar  40 buah pengajian tinggi. Separuh daripadanya dikenali sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan separuh lagi dikenali sebagai Institusi  Pengajian Tinggi  Swasta  (IPTS).

Banyak perkara yang dapat diperbincangkan mengenai pengajian tinggi di negara kita ini. IPT adalah institusi yamg amat dipandang tinggi, kerana ianya membawa obor ilmu.. Dengan ilmu membuka minda dan jiwa masyarakat dan meningkatkan darjat kedudukan individu.  Dengan ilmu  yang mempunyai bidang  dan cawangan memajukan negara di dalam berbagai bidang.  Bagi sesebuah negara yang merdeka dan ingin maju, maka mendirikan pengajian tinggi, khususnya universiti sebagai keperluan dan kemestian.

Mendirikan sebuah universiti, bukan sekadar mewujudkan kampus dan binaan dan diadakan tenaga pengajar dan pelajar  bagi memenuhi ianya sebagai konsep sebuah institusi pengajian, tetapi perlu ada perancangan , ada  visi dan misi serta matlamat yang mau dicapai. Demikianlah dengan sejumlah pengajian tinggi di negara kita ini baik yang bersifat IPTA dan IPTS semuanya harus lahir dalam acuan dan kerangka yang secara sedar sejak dari awal, semuanya berada di dalam rangka dan acuan yang seharusnya diikuti dan dipatuhi oleh pengajian-pengajian yang berkenaan.

Sebagaimana telah dibincangkan kelahiran universiti-universiti di negara ini, bukan dari perancangan dan perkembangan yang diatur rapi sejak awal, tetapi lebih merupakan desakan dan  anjuran kelompok-kelompok intelektual dan aktivis dan atas desakan  serta cadangan ini diterima dan mewujudkan sekelompok universit, kecuali IPTS lebih bersifat komersil. Kita tidak menentang, sebaliknya menyokong kewujudan IPT di negara ini, yang jumlahnya adalah merupakan kewajaran, tetap[i persoalan banyak dapat ditimbulkanm dengan  peranan universiti sejak setengah abad tradisi keuniversitian ini wujud di negara kita ini.

Al-Hamdulillah Penulis yang sudah lanjut usia dan berkesempatan dengan zaman sebelum merdeka, selepas merdeka dan menyaksikan sama, bahkan terlibat sama di dalam perkembangan IPTA dan turut menyaksikan pertumbuhan IPTS di negara ini.

Untuk makluman pada tahun 1960an hingga ke tahun 1970an pengajian tinggi pada masa itu amat dipandang tinggi. Tenaga-tenaga pengajarnya amat dipandang tinggi dan keluaran-keluarannya dianggap  para intelektual yang dihormati dan sukar dicapai dengan taraf kemampuan yang dicapai mereka. Mereka sebenarnya berkedudukan penting di dalam pentadbiran negara dan di dalam masyarakat.
Apakah universiti pada masa itu memang bermutu dan graduan juga bermutu dan bagaimana dengan pengajian tinggi kini dan lulusan-lulusan yang terhasil ?
Apakah pengajian-pengajian tinggi kini menepati dengan kehendak negara dan masyarakat ?

Sekian.

No comments:

Post a Comment