June 1, 2020

CAWANGAN UNIVERSITI LUAR NEGARA


CAWANGAN  UNIVERSITI  LUAR  NEGARA
Satu lagi katregori pemgajian  yang terdapat di Malaysia, ialah cawangan bagi universiti-universiti dari luar negara. Bermaksud universiti-universiti – biasanya dari negara terkenal dan mempunyai universiti-universiti terkenal datang membuka cawangan universiti-universiti berkenaan di negara ini. Ada beberapa  faedah dari penubuhan ini. Pihak universiti dari negara berkenaan mendapat faedah kewangan dari kemasukan pelajar di negara berkenaan. Pihak negara yang menerima penubuhan cawangan memberi peluang bagi pelajar-pelajar di dalam negera mempelajari keilmuan dari negara luar yang namanya terkenal itu. Lagi pula cost pengajian lebih murah, jika pelajar dalam negara pergi ke luar negara – bermaksud ke tempat asal universiti berkenaan. Atas faktor lebih murah juga pelajar-pelajar luar negara juga datang ke negara ini bagi mengikuti pengajian terkenal itu bertempat di negara ini.. Negara yang menerima penubuhancawangan universiti mendapat faedah dari segi ekonomi dengan kehadiran pelajar-pelajar di negara ini. Negara ini juga mempunyai keuntungan dari segi memperkenalkan Malaysia kepada pelajar-pelajar luar negara berkenaan. Di samping negara yang menghantar  cawangan ke negara ini dapat sama meluaskan pengaruhnya di negara ini dan kepada pelajar-pelajar luar negara yang belajar di negara ini. Selain daripada mengeratkan hubungan dari segi  pelajaran dan budaya.

Terdapat sejumlah universiti dari luar negara yang menubuhkan cawangan di negara ini. Negara dan universiti nerkenaan  adalah dapat dikategorikan sebagai universiti dan negara terkenal, iaitu:

1)      Nottingham University
Universiti ini adalah dari Nottingham, England. Cawangan universiti ini ditubuh di Malaysia, iaitu bertempat di Semenyih, Hulu Langat sejak dua dekad yang lalu. Universiti ini mempunyai kampus yang luas dan menarik. Jauh dari kesebokan bandar dan merupakan tempat ideal bagi pembelajaran. Universiti ini menawarkan berbagai bidang seperti ekonomi, sains, engineering, pentadbiran dan berbagai-bagai lagi. Oleh kerana kos pembelajaran di sini lebih murah, ramai pelajar dari negara Asean, Timur Tengah dan Afrika datang belajar di sini. Setengahnya datang belajar di sini pada peringkat permulaan dan menyambung pengajian di universiti induk di Nottingham. Sebahagian daripada mereka sepenihnya belajar di sini termasuk pelajar dari Malaysia.

2.. Taylor University

Pengajian pada peringkat kolej telah lama bertapak di negara ini,iaitu di Petaling Jaya. Kini dalam sa beberapa tahun ini dipertingkatkan pengajian ke peringkat universiti.  Pengajian ini mempunyai kampus baru di   Selangor. Berbagai bidang yang ditawarkan oleh uiversiti ini. Ianya mempunyai pelajar yang ramai dari peringkat kplej dan universiti.

3. University Of Reading
Juga berasal dari  England,. Universiti ini kini sedang membuat iklan bagi mendapatkan pelajar melalui akhbar dan media yang lain

4. Manipal University

Berasal dari India dan cawangannya bertempat di Nilai, Seremban. Universiti Manipal terkenal dengan bidang perubatan. Melalui kelulusan di Nilai memungkinkan pelajar menyambung pengajian di India.

5. University Of Madinah

Adalah cawangan bagi universiti Madinah yang lebih khusus dalam bidang keislaman. Pada permulaan kampusnya di Cyber Jaya, tetapi kini bertempat di Shah Alm.

Terdapat beberapa cawangan university yang lain seperti dari Australia dan bertempat di Sarawak dan beberapa yang lain. Semua ini menyemarakkan perkembangan keilmuan di negara ini.

Sekian.

1 comment:

  1. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete