UNIVERSITI
SWASTA TEMPATAN YANG LAIN
(Fikrah
Bangi: 574),
BBB: 08 Syawal 1441H. = 31 Mei 2020M. (Ahad).
Mendirikan
sebuah universiti memerlukan perancangan yang rapi dan memerlukan peruntukan
yang tinggi. Misalnya dari mendapat kampus, infra-struktur, persediaan tenaga
pakar yang bermutu, pentadbiran yang profesional dan pelajar-pelajar yang berkelayakan. Tidak
jarang ada perancangan yang dibuat, tapi kekurangan misalnya dari segi
kewangan, maka universiti tidak berjaya
didirikan. Walau bagaimana ada yang mempunyai perancangan yang baik dan
berjaya. Antaranya:
1`) Lim Kok Weng University
Adalah
sebuah universiti swasta di negara ini yang berjaya. Ianya didirikan oleh toloh
pendidikan individu yang bernama Tan Sri Lim Kok Weng yang kampus asalnya
bertempat di Putra Jaya dan menerima pelajar tempatan dan antarabangsa.
Menawarkan keilmuan di dalam berbagai bidang pengajian ditawarkan seperti sastera, sains, ekonomi, engineering.
Terkenal di dalam bidang arts design. Kemajuan universiti yang mendapat
kemasukan pelajar antarabangsa mendorong Tan Sri Lim Kok Weng menubuhkan
cawangan universitinya di berbagai negara. Peranannya diterima dan diiktiraf
oleh berbagai pihak. Ianya mengharumkan
nama Malaysia di dalam bidang pelajaran ke peringkat antarabangsa. Ianya adalah
contoh pengajian swasta yang baik yang terkenal pada peringkat antarabangsa.
2) International Medical University
Dari
namanya menunjukkan bahawa ianya sebuah universiti perubatan yang julung kali
ditubuhkan di negara ini. Sebuah universiti perubatan tentulah memerlukan
peruntukan yang tinggi. Perlu kampus dan peralatan yang mahal. Perlu hospital
dan lebih dariitu memerlukan tenaga pengajaryang profesional. Universiti ini
tentulah bukan saja bagi pelajar tempatan, tetapi terbuka kepada pelajar
antarabangsa. Belajar di pengajian perubatabn ini memerlukan perbelanjaan yang
tinggi. Universiti ini masih baru dan kita tunggu perkembangan dan berharap
maju jaya dan dapat menarik pelajar antarabangsa dan menampilkan nama Malaysia
yang berkemampuan menawarkan pengajian bersifat internasional dan bakal membawa
nama baik Malaysia di dalam bidang [erubatan, bahkan menjadi sebahagian
yang dapat meletakkan Malaysia sebagai hub-pengajian pada peringkat
antarabangsa.
3)
First City University
Ia
adalah nama universiti swasta yang baru dan mengiklankan dirinya bagi mendapat
pelajar. Universiti ini mempunyai kampus
bertempat di Bukit Utama, Bandar Utama
Kuala Lumpur. Tentulah penganjur universiti ini mereka yang mempunyai cita-cita tinggi di dalam bidang
pelajaran. Tentulah ianya menawarkan berbagai bidang pengajaran sesuai sebagai
sebuah universiti. Sebagai universiti swasta yang biasanya bersifat komersil,
tentulah bayarannya tinggi, tetapi jika ianya dapat menunjukkan prestasi yang
baik, tentulah ianya akan dapat pelajar-pelajar yang baik yang ditaja oleh
berbagai pihak.
4.
Universiti Nilai
Sebagaimana
namanya, universiti ini terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Sebuah tempat yang
banyak mempunyai institusi pengajian universiti. Pemimpin universiti ini pernah
diketua Bekas Profesor dari Universiti Malaya -= Profesor Tengku Bahrain,
seorang yang dinamilk di dalam bidang pendidikan. Wal;au bagaimana perkembangan
universiti ini tidak begitu menonjo; sebagaimana peringkat awal. Mungkin
universiti ini sudah stabil dari segi kemajuannya.
5. Management And Science University
Sebuah
universiti di Kuala Lumpur. Sebagaimana namanya universiti menawarkan pengajian
dalam bidanga management dan sains. Pelajarnya bersifat tempatan dan
antarabangsa..
6.
Sunway University.
Sebuah
universiti yang baru dan terletak di Petaling Jaya
7. Universiti Islam Malaysia
Nama
universiti ini tidak begitu dikenali. Ianya merupakan universiti yang
diharapkan o;eh alimnai=alumnai Kolej Islam Kelang yang ditubuhkan sejak 1956,
Alumnai-alumnaimya mengharapkan sebuah Universiti Islam Malaysia ditubuhkan
sebagai puncak bagi pengajian Kolej Islam Malaysia yang merupakan pengajian
tertinggi terawal di negara ini, sejak sebelum merdeka lagoi. Bila desakan mendirikan universiti
Kebangsaan, nama universiti Islam diharapkan, tetapi nama sebenarnya ialah
Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Fakulti Islam diberi tempat, bukannya
sebagai sebuah universiti Islam. Kelahiran UIAM di Gombaj dianggap olej
sebahagian dari alumnai,bukan lanjutan dari Kolej Islam, lantaran itu
sebahagian dari alumnai Kolej Islamm antaranya Tan Sri Dr. Yusof Nor dan
kawan-kawan sekolej Islam berusaha bagi mendirikan Universiti Islam Malaysia. UIM ini didirikan di Cyber Jaya, Selangor yang
diketuai oleh Dr Yusof Nor.
Walau
bagaimana UIM ini berbeza dari kebiasaan universiti yang biasa. Ianya tidak mempunyai pelajar
bagi ijazah pertama. Pelajar-pelajar yang diterima ialah bagi peringkat sarjana
dan Ph. D. Jadi pengajian lebih bersifat
research. Kegiatan universiti tidak begitu menonjol dan tidak banyak
publisiti yang diketahui. Mungkin bidang utama adalah berkenaan Islam dan
cabang-cabang yang berhubung dengannya. Kita tidak begitu mengenali profesor
dan pensyarah dari universiti itu, tetapi dikatakan UIM mempunyaitunjangan
kewangan yang kukuh dari harta milik Kolej Islam, termasuklah kampusnya di
Petaling Jaya. Kita berharap UIM akan meluaskan pebngajian dan menawarkan
pengajian bagi semua peringkat dan dalam berbagai bidang. Diharapkan jua UIM
akan mengeluarkan graduan terkenal di dalam bidang keilmuan dan khigmat
kemasyarakatan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment