MENUJU
KE TITIK ITU: KECINTAAN BERTERUSAN
Melepasi
usia 78 semalam
Dan
kini mulai mendaki ke 79
Adalah
kesyukuran kepada Tuhan
Dalam
menikmati usia ini bersama pasangan
Al-hamdulillah
masih sihat untuk beribadat
Belum
ada penyakit berangkai bertempat
Masih
diberi kewarasan akal berurusan
Masih
mampu mengendali diri tanpa menyusahkan orang
Tapi
pertanda kefanaan diri isyaratnya di mana-mana
Perjalanan
ke titik itu tentulah tidak lagi lama.
Syukur
kepada Yang Maha Esa
Kecintaan
tiga paksi dapat diteruskan
Cunta
pada ilmu, penulisan dan kemasyarakatan
Meskipun
tidak secergas ketika sebelum persaraan.
Kecintaan
pada ilmu pertanda nyata
Ketika
menjadi tenaga pengajar di pengajian tinggi
Minat
terhadap bidang ini berterusan
Dengan
kajian dan pengajaran.
Kecintaan
terhadap penulisan
Al-hamdulillah
dari 1960an hingga kini berterusan
Menulis
tentang ilmu, kreatif dan am
Masih
mengalir dari sentuhan minda dan hati-rohani
Sebagaimana
dapat disaksi.
Puncak
dari kecintaan kemasyarakatan
Terlibat
dengan politik sebagai ADUN Kajang dan Bangi
Hijrah
ke Selangor itu amat memberi erti lakar sejarah
Khidmat
kebajikan dan kritik sosial Fikrah Bangi
Manifestasi
diri dengan kegiatan ini.
Selagi
kemampuan masih dikurnia Tuhan
Kecintaan
terhadap tiga paksi diteruskan
Do`a
ku kepada Allah
Terus
dikurnia kekuatan fizikal
Terus
rasional untuk berbicara
Khidmat
masyarakat selagi terdaya
Sebelum
titik itu tiba.
(Fikrah
Bangi: 572)
BBB: 05 Syawal 1441H. = 28
Mei 2020M. (Khamis).
No comments:
Post a Comment