SELAMAT
KEMBALI BEKERJA
Setelah berlalu dua bulan
Melalui tahap-tahap sekatan
Perintah Kawal Pergerakan (PKP)
Kini mulai 4 Mei pentahapan baru PKPB
Kelonggaran bagi sektor ekonomi
Memulih ekonomi individu dan negara
Terjejas oleh pandemik Covid-19 angkara.
Tetapi tidak kembali kepada normal
Terikat dengan norma-norma baru.
Pagi 4
Mei 2020 itu
Kecergasan bangkit bersama mentari pagi
Jalan-jalan membentang ruang memanjang
Untuk dilalui di atasnya kenderaan
Bas, lori, motokar bergerak berpapasan
Keretapi, MRT, LRT meluncur di atas
landasan memanjang
Semuanya menyampaikan hasrat pengguna du tempat pekerjaan.
Tepat pada waktu pejabat-pejabat membuka
kaunter
Untuk didatangi mereka yang berurusan
Industri dan kilang mesin berjalan mengikut
shift
Gedung dan pasar mulai diserbu pengunjug
Bagai lupa pada norma dan aturan
Boroh binaan mengangkat semin, besi dan papan
Pekerja bandaran mengangkut sampah jaga kebersihan
Petani nelayan teruskan tugas tiada halangan
Bank dan institusi kewangan terima pelanggan
Manakala polis tentera , pertahanan awam
Pihak berkuasa tempatan meneruskan
pengawasan
Semuanya bergerak secara mekanisme
berkeperluan.
Tapi kebebasan diberi tertakluk kepada PKPB
Sebagaimana mereka diorientasi dengan PKP
Norma-norma baru tetap dipraktiskan
Setiap orang digalak memakai `maska`
Menjaga jarak sosial satu meter
Tidak digalak berada di dalam kumpulan
Jangan banyak bercakap kecuali diperlukan
Elak dari banyak menyentuh objek
Jangan bersalam cukup dengan isyarat
penghormatan
Jika ada peluang sering basuh muka dan
tangan
Utamakan kebersihan dalam apa keadaan.
Gerak cergas bermula dan berterusan
Diharap dalam masa simgkat secara muafakat
Dapat memulihkan ekonomi keluarga dan kerajaan
Terencat dengan RM63 bilion dibelanjakan
Demi mengawal pandemik Covid-19 menyerang
Menyeluruh negara secara global.
Dengan kecergasan dan azam baru
Dan pengalaman pahit menyatukan
Kita bangkit mencipta kemajuan
Insya Allah.
(Fikrah Bangi: 553),
BBB:
12 Ramadhan 1441H. = 05 Mei 2020M. (Selasa).
No comments:
Post a Comment