KOMUNIKASI: DULU DAN
KINI
(Sempena
Hari Komunikasi – 17 Mei)
Bayangkan di awal kemerdekaan
Aku
masih ingat dalam keadaan cemas
Mau
hubungi keluarga jauh tentang kematian
Perlu
ke `Rumah Pasung` mohon penggunaan telefon
Tidak
mudah mendapat kebenaran menggunakan.
Bayangkan
hingga awal 1960
Jika
dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur
Perlu
menaiki bas atau teksi bersambung
Merentasi
sungai sepuluh buah feri
Untuk
sampai memakan masa dua hari
Untuk
tunai Hajii naik kapal laut 20 hari
Tiga
bulan masa pergi dan pulang.
Sumber
berita adalah dari Radio Malaya
Naskhah
akhbar berharga 10 sen
Tiba
sehari lebih lewat dari tarikh diterbitkan
Dibaca
oleh kalangan yang dianggap terpelajar.
Kini
di zaman komunikasi canggih
Ke
Makkah dalam tempoh lapan jam
Maklumat
dicapai di hujung jari
Komunikasi
dan urusan atas talian
Transaksi
tanpa perlu kehadiran
Sidang
dan mesyuarat secara maya
Segalanya
dilakukan dengan segera.
Komunikasi
makin canggih
Dunia
hilang peta dan sempadan
Sepatut
manusia makin bersaudara
Realitinya
mereka
sering bersengketa.
(Fikrah
Bangi: 565).
BBB:
25 Ramadhan 1441H. = 18 Mei 2020 (Isnin).
No comments:
Post a Comment