May 9, 2020

SIDANG MEDIA


SIDANG  MEDIA

Wabak  Covid-19  itu ancaman global
Termasuklah di Malaysia, menyentuh diri semua
Lantaran itu apa jua perkembangan menarik perhatian
Sidang media mengenainya disampaikan Dr. Noor Hisham
Ditunggu kenyataannya pada setiap petang.

Di Malaysia induknya dari perhimpunan Seri Petaling
Sejak akhir Februari ke 6 Mac dan dari situ – 18 Mac
Bermula  PKP mengepungnya bergerak pantas
Seperti di Simpang Renggam, Sungai Lui, Bangi
Teluk Intan,  Pasar Jalan Othman, Sekitar Masjid India,
Ke Melaka, Kuantan, Temerloh, Pasar Puchong, Selayang
Sporadik  darinya ke berbagai kawasan termasuk Sabah
Dan kluster Gereja di Kuching merebak  di Sarawak

Sidang Media harian menerangkan usaha barisan hadapan
Dari pihak Kesihatan, Keselamatan, Pertahanan Awam, Bomba,
Rela, Penguasa Tempatan, NGO dan Orang Awam
Dengan peranan masing-masing  mengekang  wabak berkembang.
Pada peringkat awal dilaporkan 36,587 disabitkan
Kes darinya 6,535 dan positif 2,340 dengan kematian 107
Ia adalah menurun daripada 3.55 peringkat awal kepada 0.7 peratus
Namun perang terhadap Covid-19 berterusan dengan kelonggaran
Dengan  PTPB kepada sektor ekonomi dan pekerjaan
Norma baru menjaga jarak,   memakai  maska,,
Membersih tangan, jaga kesihatan dan berada di kediaman
Norma baru yang tidak normal sebelum wabak menyerang.

Usaha semua pihak memberi hasil memberangsang
Kita berada pada tempat keempat  di dunia
Selepas China, Vietnam, Thailand dan Malaysia
Kematian antara yang terendah berbanding
Amerika (75,670),  UK (30,689), Itali (29,958)
Spanyol (26,070), Perancis (25,990), manakala
Brazil, German, Iran, Cina, Turki dan Rusia
Di bawah dari sepuluh ribu jiwa.

Sidang yang disampaikan  menggerun dan menginsafkan
Bahawa yang mendakwa berkuasa tiada daya
Mengatasi ancaman sekeci virus tak kelihatan
Mengajar manusia nisbi kekuatan
Bersatu dalam bertolong-tolongan.
(Fikrah Bangi: 557),
BBB:  16 Ramadhan 1441H.= 09 Mei 2020M. (Sabtu).

No comments:

Post a Comment