May 21, 2020

SITUASI PADA MASA RISALAH NAQL DIHASILKAN


SITUASI PADA MASA RISALAH NAQL DIHASILKAN
(Fikrah Bangi:  568).
BBB:  28 Ramadhan 1441H. =  21 Mei 2020M. (Khamis).
Telah disebutkan bahawa  dihasilkan Risalah Naql oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis), ialah kerana didapati sukar bagi kampung-kampung terutama sepanjang Sungai Terengganu dari Hulunya ke Kualanya yang berjumlah ratusan kampung bagi mendirikan solat Juma`at  jika dikehendaki  jumlah para  jama`ah  sebanyak 40 orang.

Perlu disebutkan bahawa pada masa risalah berkenaan dihasilkan, negeri Terengganu  masih belum mempunyai kesultanan,  Terengganu pada masa  itu diperintah oleh pembesar-pembesar yang di bawah  naungan Kesultanan Johor. Pada satu risalah disalin Syeikh Abdul Malik  berjudul Isra` Mi`raj, berbahasa Arab Syeikh Abdul Malik mencatatkan nisbah dirinya dari negeri  Terengganu al-Johori, bermaksud Abdul Malik Bin Abdullah dari Negerii Terengganu di bawah naungan Kerajaan Johor.
Di dalam Risalah Naql berkenan sememangnya tidak disebut  sebarang pemerintah pada masa Syeikh Abdul Malik mengarang Naql tersebut, tetapi beliau menyebut tentang ulama` dan syed-syed di Terengganu dan di luar dari Terengganu. Adalah dijangka Risalah Naql dihasilkan pada  akhir abad ke 17, iaiatu pada peringkat awal Syeikh Abdul Malik pulang ke Terengganu. Perlantikan Sultan Terengganu Pertama  Sultan Zainal Abidin Pertama dari Johor berlaku pada tahun 1725 di Tanjung Baharu dekat  Kampung Pauh. Bila Syeikh Abdul Malik kembali ke kampung asal di Pauh  sebagai pusat baginya berdakwah di Hulu Terengganu dan di tempat-tempat yang lain. Risalah Naql adalah dijangkan dihasilkan di Kampung Pauh di Tebing Sungai Terengganu yang tidak jauh dari Kampung  Buluh tempat diketemui Batu Bersurat Terengganu.
Bagi mengeluarkan pendapat tentang jumlah jama`ah bagi mendirikan Juma`at , Syeikh Abdul Malik membuat rujukan  berbagai  kitab dari berbagai pendapat `ulama, Kitab utama yang menjadi rujukan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah ialah  `Dha`u al-Sham`ah  bermaksud `Cahata Lilin`oleh Syeikh Jalaluddin al-Sayuti di samping berbagai-bagai pendapat yang lain.
Kajian yang dilakukan Penulis terhadap  Risalah Naql ini telah dterbitkan di dalam  PESAKA III Terbitan Muzium Negeri Terengganu, 1985, halaman ` 1 - 41.

Sekian.

No comments:

Post a Comment