MASJID KEMBALI DIIMARAHKAN DENGAN JUMA`AT
Ai-hamdulillah
setelah dua bulan Juma`tat ditangguhkan
Terakhir
18 Rajab 1441 bersamaan 13 Mac 2020
Pada
hari ini Covid-19 diisytihar wabak negara
Dan
tiada Juma`at pada minggu berikutnya
Sesungguhnya
Covid-19 musuh dunia dan umat
mengubah norma ibadat termasuk solat Juma`at.
Pun
begitu kembali Juma`at secara bertahap
Mulai
dari masjid pilihan - di Selangor kemudian
Diluaskan pada minggu-minggu berikutnya
Namun
ada sedikit perbezaan dengan Persekutuan
Minimum
tiga dan maksimum tiga puluh
Manakala
Selangor sama minimum
Tapi
maksimum tidak lebih dua belas
Perbezaan
ini didasarkan pendapat kuat
Dari
kalangan fuqaha` dijadikan pegangan.
Para
jama`ah Juma`at yang terpilih
Dikehendaki
mematuhi SOP ketentuan
Usia
tidak melebihi 60 tahun
Kehadiran
dicatat pada buku disediakan
Berwudhuk
dari rumah, memakai maska
Bersuhu
tidak lebih 37.4C dan membawa sajadah sendiri
Pihak
masjid dikehendaki menyediakan hand sanitizer
Di
pintu-pintu masuk ke masjid diguna
jama`ah
Jama`ah
menjarakkan diri dua meter elak jangkitan
Khatib
membaca khutbah disediakan
Perjalanan
solat adalah secara ringkas diiringi
Do`a
keselamatan dan pulih dari wabak
Jama`ah
dikehendaki segera bersurai sebaik Juma`at selesai
Adapun
solat waktu masih mengikuti SOP ditentukan
Imam,
Bilal dan Siak menurut giliran.
Cahaya
Juma`at mulai bersinar
Diharap
dalam masa terdekat
Semuanya
kembali kepada normal
Insya
Allah.
(Fikrah
Bangi: 563),
BBB: 22 Ramadhan 1441H. = 15 Mei 2020M. (Juma`at).
No comments:
Post a Comment