May 3, 2020

DARI PKP KE PKPB MENUJU KE NORMAL


DARI  PKP KE PKPB MENUJU KE NORMAL

Setelah setengah tahun Covid-19 dikenali
Setelah virus beracun itu melangkaui sempadan
Setelah jejaris berbisa mencengkam mangsa
Dari individu, kelompok, negeri dan negara
Meliputi 187 negara  di dunia
Dan kematian meningkat ke angka 138,000 nyawa
Tertinggi di Amerika diikuti Itali, Spanyol, Perancis
Termasuk di negara kita Malaysia
Mutakhir berjumlah 103 jiwa.

Akibat gelempangan mangsa di medan
Akibat dari peruntukan menentangnya
Bertrilion  jumlah kewangan  dikeluarkan
Termasuk  RM63 biliuon di negara kita
Akibat  Covid-19 mulai  keletihan  dikepung
Akibat  negara-negara kekeringan kantung
Seluruh dunia mengambil tindakan
Menggerakkan kembali sektor ekonomi
Elak dari terjerumus kepada kemuflisan.

Negara kita yang dari awal berstretegi
Menyesuaikan  PKP kepada PKPB
Mulai Isnin 4 Mei 2020 ini
PKPB memberi  kelonggaran kepada sektor industri
Peniaga harian, jabatan-jabatan
Sektor pengangkutan awam
Dengan norma-norma amalan dikekalkan
Tidak berada di dalam kumpulan
Jarak sosial dijaga tidak bersentuhan
Memakai mask bagi lindungan
Sering membasuh muka dan tangan
Pentingkan kebersihan dalam apa keadaan.
Bagi tak berkenaan berada di rumah lebih keselamatan
Kerja dari rumah  alternatif dibenarkan.

PKPB adalah kelonggaran  bersyarat
Namun ada warga prehatin melihat
Lebih baik makanan dibeli secara `take away`
Daripada makan di kedai tiada jaminan selamat
Bersenam di halaman rumah lebih baik dari ke taman rekreasi.

Setuju PKPB ubahsuai tumpuam sekatan
Setuju PKPB kategorikan zon hijau jingga merah
Setuju PKPB tangguhkan semua yang bersifat himpunan
Setuju PKPB  adakan  Sidang Harian lapor perkembangan
Maklumat dan imgatan berterusan
Covid-19 tidak berakhir dalam tempoh singkat
Semua perlu waspada dari menjadi mangsa
Bersedia dengan norma-norma baru
Menyelamatkan diri dari menjadi  mangsa
Indya Allah kita menang dan berjaya.

(Fikrah BangL  551),
BBB:  10 Ramadhan 1441H. =  03 Mei 2020M. (Ahad).

No comments:

Post a Comment