PRNGAJIAN TINGGI HASIL DESAKAN DAN CADANGAN
(Fikrah Bangi: 555),
BBB:
14 Ramadhan 1441H. = 07 Mei 2020M. (Khamis).
Selepas didirikan Universiti Malaya di
Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1959). Pertumbuhan universiti dilihat bukan menurut jadual perkembangan
diatut secara jangka pendek dan panjang., bahkan kerajaan pada masa itu tidak
dilihat membangunkan sebuah universiti menurut Dasar Pelajaran. Selepas
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi sepeuluh tahun
selepas meredeka dari tahun 1057-1067 (ditangguh dua tahun – 1059), maka dalam tempoh tersebut sepatutnya sudah
diwujudkan Universiti kebangsaan, tetapi tiada perancangan konkrit bagi
pembinaan. Ini menyebabkan timbul desakan-desakan dari pejuang-pejuang bahasa,
NGO-NGO, kerajaan agak liat, tetapi terpaksa mengikut desakan selepas
berlakunya `konflik kaum` dan secara
tidak bersedia kampus Universiti Kebangsaan diwujudkan dengan meminjam Kampus
Maktab Perguruan di Jalan Pantai, Kuala Lum,pur. UKM didirikan atas desakan ini
rasmi dibukakan pada 18 Mei 1970.
Selepas dari didirikan UKM,beberapa
universiti didirikan atas cadangan.
Misalnya Kolej Pertanian di Serdang
dicadangkan dinaik taraf pada tahun 1973
menjadi Universiti Pertanian Malaysia. Dalam masa yang hampir sama, dalam
mana konsep sains begitu popular dibincangkan, maka dicadangkan sebuah
universiti sains didirikan, maka terdirilah universiti atas nama Universiti
Sains Malaysia.
Hasrat mau didirikan universiti Islam,
tetapi tidak jadi, sebaliknya menjadi satu fakulti sahaja di UKM yang dinamakan
Fakulti Islam. Namun hasrat mendirikan universiti Islam tidak padam. Usaha dan
cadangan terus dilakukan agar universiti
Islam didirikan. Sekumpulan tenaga yang kebanyakan dari UKM telah mengusahakan
penubuhan universiti yang dikenali
dengan Universiti Islam Antarabangsa Malasia (UIAM) bertempat di Gombaj, Selangor (dengan tajaan beberapa
negara Islam).
Penubuhan pengajian tinggi secara cadangan pada 1980an juga berlaku dengan cadangan sekumpulan yang
tenaganya berasal dari UKM. Mereka kebanyakan dari tenaga Fakulti Ekonomi UKM.
Universiti yang menekankan ekonomi dan pentadbiran didirikan di Sintok, Kedah.
Dalam tempoh antara 1980 – 2000 beberapa
universiyi lagi timbul. Antaranya penaikan taraf dilakukan terhadap Kolej Teknik
menjadi Universiti Teknologi,diJalan Semarak Kuala Lumpur. Penaikan taraf juga
dilakukan terhadap Maktab Perguruantertua di Tanjung Malim menjadi Universiti
Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Dalam tempoh berkenaan disedari, bahawa pentingnya didirikan universiti di
Sabah dan Sarawak – tidak hanya tertumpu
di Kuala Lumpur, maka peneroka awal bagi mendirikan Universiti Sabah
juga datangnya dari UKM. Peneroka di Universiti Sabah ini lebih ramai
datangnya dari Fakulti Sains Sosial,
lantaran itu pada peringkat awal orientasi universiti ini lebih kepada Sains
Sosial
Jika Sabah mendapat sebuah universiti, maka
Sarawak juga wajar sama mendapat sebuah universiti. Pembinaan universiti di
Sarawak adalah berasaskan cawangan UPM
yang telah dibuka di sana, cawangan UPM
ini ditingkatkan kepada universiti dan tenaga awal di universiti ini lebih
ramai datangnya dari UPM< Serdang.
Selepas 2000 sebahagian besar universiti yang ada sekarang selain dari yang disebutkan
di atas ditubuhkan atas cadangan dari kalangan yang membuat cadangan , misalnya
Universiti Multi Media adalah dari kalangan yang melihat perlunya universi yang
berorientasikan multi Media yang ditubuhkan di Cyber Jaya. Beberapa universiti
ditubuhkan oleh agensi koperat seperti UNITEN oleh Tenaga Nasional, di Bangi, Petronas
mendirikan universitinya di Tronah Perak
dan Mara meningkatkan kolej-kolej kepada tahap Universiti, menjadi Universiti
Mara dan yang di bawah tajaannya beberapa institute bertukar menjadi Universiti Kuala Lumpur. Beberapa
universiti ditubuhkan atas nama negeri dan antaranya dibiayai oleh kerajaan
negeri.
Sebahagian lagi pertumbuhan universiti
adalah bersifat swasta dan juga merupakan cawangan-cawangan bagi universiti
luar negara.
.Kini terdapat lebih dari tiga puluh
universiti di negara ini,tetapi kelihatan perkembangan pengajian tinggi di
negara ini tidak teratur. Sudah tentu banyak perbezaan pendekatan, kandungan
pengajaran dan orientasi berbagai universiti berkenaan. Sejauhmanakah dikawal
atau dipantau oleh kerajaan. Apakah tidak ada visi dan misi pengajian tinggi dari piuhak kerajaan ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment