May 2, 2020

HARI PEKERJA 2020 - NORMA BARU


HARI PEKERJA 2020 - NORMA BARU

Hari  Pekerja tahun ini
Datang dengan wajah dan norma baru
Pengajaran dari musnah dihadapi
Akibat dari Covid-19 perlu dibiayai
Mencecah enam puluh tiga bilion
Negara bertindak  mengekang wabak.

Pada hari ini diharap
Para pekerja tak hilang semangat
Dengan pengumuman pemulihan bertahap
Melalui Perintah Kawal Pergerakan Baru
Sumber ekonomi dan industri dipulih kembali
Mulai 4 Mei 2020 Isnin nanti
Tetapi dengan pendekatan nilai dan norma baru
Semua pihak – termasuk  pekerja semua sektor
Patuh pada SOP ditentukan
Majikan dan perseorangan pastikan ruang
Suhu pekerja, jarak dan memakai mask
Tidak berlaku konteks antara pekerja
Selalu membasuh tangan dan muka
Kebersihan paling utama dijaga.

Antara norma baru bekerja kemungkinan
Bekerja dari  rumah kediaman
Melalui kemudahan atas talian
Pihak kerajaan dan majikan perlu memikirkan
Kaedah peningkatan kualiti
Pembaikan ruang, peralatan, pertukaran shift
Kaedah penilaian dan pemantauan.

Selain dari kerja-kerja pejabat dan industri
Terbuka budaya kerja baru melalui pesanan
Perlu juga SOP – berlesen, terlatih dan amanah
Jaminan kesihatan pembekal, barangan  dan penyampai.

Hari pekerja tahun ini disambut tanpa himpunan
Tapi pesan dari pengalaman lebih berkesan
Betapa peritnya hidup dalam sekatan tanpa pekerjaan
Lebih-lebih  lagi tanpa pendapatan harian
Kais pagi makan pagi kais petang makan petang
Kini peluang itu kembali dengan cahaya kemenangan.
Semua diharap mengambil peluang dari kesempatan.

Hari Pekerja tahun ini
Hari bangkit dengan penuh azam.

(Fikrah Bangi: 550).
BBB: 08 Ramadhan 1441H. = 01 Mei 2020M. (Juma`at).

No comments:

Post a Comment