NUZUL AL-QUR`AN
Adalah
Nuzul Perlembagaan
Panduan umat dunia akhirat.
Peristiwa penting itu disambut
Di dalam kemuliaan Ramadhan
Padanya Lailatul Qadr.
Pada tahun ini
Kemeriahanya terganggu
Akibat dari Covid-19
Melanda dunia
Lemahnya manusia.
Kemeriahan tersekat dengan aturan
Perintah Kawalan Pergerakan
Hari Sambutan Nuzul Al-Qur`an
Malam 17 Ramadhan
Sepi petangnya dari meriah iftar
Ruang Legar kosomg dari hamparan
Jama`ah Maghrib Isyak hanya tiga orang
Imam, Bilal dan Siak
Merekalah juga bertarawih dan witir
Tiada
ceramah Nuzul Al-Qur`an
Penceramah ditempah sebelum Ramadhan
Dibatalkan – elak dari jangkitan
Malam Nuzul Al-Qur`an malam yang sayu
Tiada tadarrus kumpulan sebagaimana diadakan
Memenuhinya secara atas talian atau
perseorangan.
Rindu kembali kepada berjama`ah
`Pada baki Ramadhan yang masih bersisa
Tapi masih menunggu syarat peraturan pihak
Berkuasa
Dengan umur bersisa
Adakah kemungkinan datang
Ramadhan dan Nuzul Al-Qur`an tahun depan
Yang pasti tahun ini
Tiada acara mesra bersama
Menyambut Nuzul Al-Qur`an.
(Fikrah Bang: 559),
BBB:
18 Ramadhan 1441H. = 11 Mei 2020M. (Isnin).
No comments:
Post a Comment