May 19, 2020

18 MEI


18  MEI
Dua istimewa  dengan tarikh ini
I
Sejarah tercipta
DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin al-Mustafa Billah
Merasmikan Penggal Ketiga Parlimen ke 14
Pertama bagi Kerajaan Pakatan Nasional
Dalam musim Covid-19 mengancam
Sidang hanya sehari bagi peringkat Pembukaan
Amanat dari Agong jangan lagi heret rakyat dan Negara
Kepada suasana ketidak tentuan – Jangan main politik
Keselamatan Negara dan Rakyat perlu diutamakan
Ini musim gawat – Sidang akan disambung Julai mendatang.

II
UKM genap usia 50  tahun
Teringat aku pada hari pertama
Selaku Anak Sulung mengangkat Sumpah Mahasiswa
Di  ODT bangunan universiti berkenaan
Syukur aku masih berkesempatan dengan usia ini
Tapi yang lebih penting mengharap universiti
Terus memimpin  keilmuan  dan kemajuan
Sebuah universiti unggul glocal dan global
Kemegahan generasi dan warisan berterusan.

III
Aku berkesempatan dengan  dua peristiwa
Mengharapkan kemajuan dijana pendidikan
Ilmu dan kemajuan tidak berpisahan
Seharusnya bergandingan
Nikmat dikecap generasi berterusan.

(Fikrah Bangi:  566),
BBB:  26 Ramadhan 1441H. =  19 Mei 2020M. (Selasa).

No comments:

Post a Comment