September 12, 2009

ADUN BANGI SERBU HENTIAN TEKSI




5 September 2009: 15 Ramadhan 1430H
Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar menggunakan waktu berharganya ‘menyerbu’ beberapa tempat di Bangi yang menjadi pusat hentian teksi seperti di Hentian komuter UKM, Hentian Kajang, Pusat Beli-belah Warta dan di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.. Kehadiran beliau diiringi oleh juru gambar, pemberita serta beberapa orang ahli dari Lajnah Kebajikan PAS Serdang telah mengejutkan para pemandu teksi kerana menjangkakan rombongan ADUN sedang membuat operasi.

Senyum kembali terukir dibibir mereka bila Dr. Shafie mula menyapa mereka dan menerangkan tujuan kunjungan. Mereka yang pada awalnya risau mula mesra dengan rombongan. Dr. Shafie menggucapkan terima kasih kepada pemandu teksi yang gigih bekerja di bulan Ramadhan sempat bertanyakan permasalahan yang dihadapi oleh golongan pemadu teksi di Bangi. Perkhabaran gembira disampaikan mengenai persetujuan pihak MPKj untuk membina sebuah hentian teksi di Seksyen 16 sebagaimana yang dituntut oleh Persatuan Pemandu Teksi di Bangi.

No comments:

Post a Comment