September 14, 2009

Konvoi Ramadhan Peringkat Negeri

Kajang Utama, 22 Ramadhan = 12 September (Sabtu)

PAS Kawasan menerima kunjungan Konvoi Ramadhan peringkat negeri pada jam 10.30 pagi yang bergerak dari Shah Alam pada pagi ini, setelah singgah di Hulu Langat sebelum ke Serdang. Konvoi yang diketuai Exco Kerajaan Negeri YB Iskandar Abdul Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya Negeri disambut oleh pimpinan PAS Kawasan Serdang di Ketua YDP YB Dr. Shafie Abu Bakar dan Timbalan YDP Ustaz Shafie Ngah.

Turut sama hadir YB Dr. Che` Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat yang mengikuti Konvoi tersebut dari Hulu Langat, Tuan Haji Uthman Suboh Pengerusi Surau al-Muhajirin turut hadir di sini. Pada hari ini sebuah lagi konvoi bergerak ke utara, diikuti dua lagi konvoi esok (Ahad). Penjelajahan Konvoi Ramadhan ini adalah merupakan antara aktiviti Ramadhan peringkat negeri diadakan tahun ini.

Konvoi yang berada di Kajang Utama hingga jam 12.00 tengahari itu dialu-alukan kedatangan oleh Dr. Shafie melalui ucapan ringkasnya dan dalam ucapan balasnya YB Iskandar menerangkan tentang tujuan kunjungan konvoi iaitu bagi mengihya` Ramadhan dan merapatkan hubungan pihak negeri dengan kawasan. Berikutnya YB Iskandar diiringi Dr. Shafie menyampaikan bantuan kepada fakir miskin penduduk setempat berjumlah lebih dari 50 orang. Jam 12.00 tengahari rombongan bertolak ke Sepang.

No comments:

Post a Comment