September 3, 2009

Smart Solat Di Masjid al-Salihin

Teras Jernang, 08 Ramadhan = 29 Ogos (Sabtu):

Sempena minggu tutup persekolahan yang kebetulan jatuh dalam bulan Ramadhan, maka dengan tujuan untuk membimbing, melatih dan meningkatkan prestasi solat anak-anak setempat, maka pihak pentadbiran Masjid al-Salihin Teras Jernang dengan kerjasama pihak JAIS dan Iqra` Educare dari Multi Media Universiti menganjurkan program Smart Solat pada tarikh dan tempat di atas, sehari suntuk dari pagi ke malamnya.

Antara perkara-perkara yang ditekankan di dalam kursus ialah keperluan solat, persiapan sebelum solat, kandungan solat dan praktikal solat bagi setiap solat fardu dari zohor hingga isyak dan juga solat tarawih serta witir. Sebuah ceramah keibubapaan juga diadakan selepas tarawih. Akhirnya majlis penutupan dengan alu-aluan dari pihak JAIS yang diwakili oleh Ustaz Mohd Saifuddin dan Tuan Nazir Ustaz Bashir berucap bagi pihak Tuan Rumah. Penutup kursus dilakukan oleh ADUN Bangi yang memuji semua pihak yang menjayakan kursus dan mengharapkan kursus memberi manfaat kepada pelajar-pelajar. Dengan kursus yang dilalui mempertingkatkan kualiti ibadat, khususnya solat dan membentu peribadi mulia sebagai hamba yang patuh pada Allah dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat.

No comments:

Post a Comment