September 10, 2009

SPRM Membuat Kebajikan Untuk Pulihkan Imej ?

( kelihatan YB ADUN Bangi diapit oleh dua orang Pegawai SPRM )


Masjid Al-Salihin, Teras Jernang 17 Ramadhan = 7 September (Isnin)


Mungkin ramai tidak tahu, bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mempunyai bahagian Pendidikan Masyarakat yang antaranya melaksanakan program kebajikan di lokasi-lokasi terpilih. Antara tempat yang dipilih terbaru ialah masjid di atas, iaitu dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan derma kepada anak-anak yatim.


ADUN Bangi pada mulanya teragak-agak untuk menghadiri jemputan ke majlis tersebut, kerana tertanya-tanya apa relevensinya tiba-tiba SPRM datang membuat program di masjid berkenaan ?. Dari ucapan Dato` Zakaria Hj. Jaafar Timbalan Pengarah SPRM yang mewakili Dato` Sri Haji Ahmad Said Bin Hamdan Ketua Pesuruhjaya SPRM, bahawa majlis yang diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap masyarakat tentang fungsi d

an ketelusan SPRM.

( Gambar : ucapan oleh; Dato` Zakaria Hj. Jaafar Timbalan Pengarah SPRM)

Beliau juga menekankan rasuah amalan yang keji dan terkutuk. Islam melarang keras amalan rasuah dan menurut Hadith Nabi bahawa `Orang yang memberi dan yang menerima rasuah, kedua-duanya di dalam neraka`’ Hadir sama beberapa pegawai SPRM, iaitu En. Yusof Pengarah bahagian Pendidikan Masyarakat, Dato` Abdul Razak Ketua Bahagian Pendakwaan dan beberapa yang lain.


Manakala jemputan yang hadir selain ADUN Bangi, Ustaz Bashir Alias Nazir Masjid al-Salihin, Teras Jernang, Haji Hanafiah Nazir Masjid al-Hasanah, Encik Abdul Shukor Jantan, Ketua Kampung Teras Jernang. Sebelum berbuka tazkirah disampaiakn oleh Yang Berbahagia Ustaz Zulkifli Bin Haji Ismail berjudul: `Ramadhan Nuzul Qur`an dan Jenayah Rasuah Di Dalam Islam`. Terfikir juga di dalam minda, apakah majlis diadakan bagi memulih imej SPRM yang amat teruk selepas kes Teo Beng Hock ? ADUN memohon maaf kerana tidak dapat menyertai sepenuh program dan terpaksa beredar ke jemputan-jemputan yang lain di sebelah petang dan malam itu.

( Gambar : antara yang hadir )

1 comment: