November 10, 2009

ADUN Bangi Menyampaikan Soalan Lisan Mengenai Cara Penyampain Maklumat Di Negeri Selangor

DUN Selangor, 21 Zulkaedah = 9 Nov.

Untuk sidang kali ini ADUN Bangi mengemukakan 10 soalan lisan, ialah jumlah maximum dan semua diterima, manakala bagi soalan tulisan juga sebanyak 10 soalan, tetapi satu ditolak (mengenai kenaikan harga rumah secara melampau). Tidak semua menghantar soalan secara penuh. Ramai dari ADUN tidak hantar soalan bagi jawapan bertulis. Setengah mereka membuat beberapa soalan sahaja.


Untuk soalan lisan hanya sejumlah 254 soalan dihantar dengan 6 daripadanya ditolak, sementara sejumlah 112 soalan tulisan dihantar dengan dua daripadanya ditolak.

Hari ini soalan ADUN Bangi yang berkedudukan ketiga dari segi susunan untuk dijawab telah dijawab oleh Dato` Menteri Besar. Soalan sebagaimana berikut:


Kerajaan Selangor bnyak mempunyai maklumat yang mau disampaikan kepada rakyat, tetapi rakyat kurang mendapat maklumat berkenaan, Bertanya kepada Y.A.B. Dato` Menteri Besar.


a) Apakah makanisme yang digunakan Kerajaan Negeri Selangor bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat ?


b) Sejauh manakah berkesannya penyebaran maklumat melalui Akhbar Selangor Kini ?


c) Apakah media-media yang lain yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangorbagi menyampaikan maklumat ?

Jawapan: Sebelum ini urusan media digerak dari Urusetia Media Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Awam Kerajaan Negeri. Kini digerak oleh syarikat mulai Mac 2009.


Bahan maklumat ialah bahan cetak seperti Selangor Kini dicetak sekali sebulan berjumlah 90,000 naskhah setiap keluaran, Kini dalam proses untuk dikeluarkan 2 kali sebulan.media letronik, tv Selangor, tv internate. Halangan ialah untuk mendapat lesen penerbitan. Kerajaan berusaha untuk mendapat ruang dengan Radio Selangor, tetapi ditolak.

No comments:

Post a Comment