May 9, 2010

PERANAN DUN BANGI MENDEKATI GOLONGAN REMAJA

Satu pertandingan futsal Kejohanan Futsal Piala ADUN Bangi telah diadakan di Aktif Futsal Indoor Games (terletak dalam kawasan industri Bangi seksyen 13) pada 9 Mei 2010. Kejohanan kali kedua ini melibatkan 28 buah pasukan terdiri dari golongan belia berumur dari 19 hingga 35 tahun disekitar Bangi. Penurunan bilangan pasukan yang menyertai pada tahun ini (dari 32 ke 28) difaktorkan oleh kenaikkan yuran penyertaan iaitu dari RM 60 kepada RM 100. Juga faktor cuti semester pelajar-pelajar IPT disekitar Bangi. Penurunan bilangan pasukan tidak menjejaskan kemeriahan kejohanan kerana hadiah yang ditawarkan pada tahun ini bertambah iaitu dari RM 600 kepada RM 1000 untuk johan.

Apa yang lebih menarik ialah pihak penganjur iaitu Dewan Pemuda PAS Serdang telah berjaya mendaftar beberapa orang pengundi baru melalui kaunter pendaftar SPR yang turut diadakan sempena kejohanan futsal ini. Sekaligus membuktikan golongan belia juga mempunyai rasa tanggungjawab sebagai pengundi.

Kejohanan dirasmikan oleh YB ADNS Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar. Selepas majlis bergambar dan beramah mesra dengan peserta, beliau dilihat bergegas untuk ke Seri Putra bagi merasmikan program bersama RELA. Beliau dijadualkan akan kembali semula ke sini (Aktif Futsal) pada jam 3.00 petang untuk menyampaikan hadiah pada pemenang dan menutup kejohanan.

Sementara itu Dr. Shafie kembali ke padang futsal di sini jam 2.00 petang. Beliau sempat menyaksikan pertandingan peringkat akhir merebut kedudukan dari no. 3 & 4 dan 1 & 2. Sebelum pertandingan bermula beliau bergambar dengan pasukan-pasukan yang bersiap sedia bertarung. Jam 3.00 petang pertandingan selesai dengan pencapaian seperti berikut:

Pemain Terbaik = Saudara Khairil dari Play Ground FC - Pasukan Bangi Campuran

Johan = Pasukan Play Ground FC - Pasukan Bangi Campuran

Naib Johan = Pasukan Sungai Merab

Tempat Ketiga = Pasukan Tsubasa FC dari Taman Tenaga

Tempat Keempat = Pasukan Famous Bro dari Seksyen Satu Bandar Baru Bangi

ADNS Bangi dalam ucapan ringkas sebelum menyampaikan hadiah mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan mencoba lagi pada kali yang lain bagi yang tidak berjaya. Sesi bergambar sekali lagi dilakukan selepas penyampaian hadiah.

No comments:

Post a Comment