September 6, 2010

Berbuka Di Surau Al-Ikhlas Dan Penyampaian Cek DiSurau Al-Ikhwan

Seksyen 4 Tambahan & 5 BBB, 25 Ramadhan = 04 September (Sabtu):

Pihak Surau Al-Ikhlas, Empat Tambahan BBB menjemput ADNS Bangi beriftar di Surau tersebut. ADNS Bangi berterimakasih di atas jemputan dan berkesempatan berjamaah Maghrib bersama. Hadir sama dalam pertemuan Sdr. Mohamad bin Marzuki, Sdr. Ahmad Rashidi bin Ismail, Sdr. Wan Ismail dan Tuan Haji Zakaria. ADNS Bangi dalam ucapan ringkasnya berharap hubungan antara penduduk di kawasan 4 Tambahan melalui Surau dapat diperkukuhkan dan beliau berharap Surau terus mengadakan kegiatan-kegiatan terutama di dalam bidang keilmuan, di samping kegiatan kemasyarakatan.




Selepas beriftar di Surau Al-Ikhlas ADNS memohon diri dan (Solat Isya` di Surau Al-Huda) bersolat tarawih di Surau al-Ikhwan. Sempena bersolat di sini ADNS Bangi diminta menyampaikan tazkirah ringkas. Beliau memuji usaha penduduk mendirikan Surau Baru yang diketuai Pengerusinya Ustaz Mohd Qari, Setiausaha Sdr Wan Faisal dan Bendahari En. Shamsuri (Bendahari Pembngunan Tuan Haji Sudin). Beliau difahamkan Surau yang mula didirikan pada 16 Julai 2010 sudah 46% siap dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2010 ini. Beliau menekankan pada bulan Ramadhan ini pahala bersadakah adalah diganda Allah, sebab itu berlumbalah menderma, terutama bagi Surau yang sedang dibina yang memang memerlukan derma. Pada kunjungan ini ADNS menyampaikan cek bernilai RM5,000/= kepada Ustaz Mohd Qari Pengerusi Surau sebagai sumbangan ADNS Bangi kepada pembinaan Surau Al-Ikhwan yang sedang didirikan.



Sekian.

No comments:

Post a Comment