September 3, 2010

Dari Surau Al-Hikmah Ke Raudah Al-Hasanah

BBB, 21-22 Ramadhan = 31 Ogos – 01 September (Selasa-Rabu):

Pada tengahari Selasa ini, kami Rombongan Kebajikan melawat ke Surau Al-Hikmah yang terletak di tepi padang, Kajang Mewah. Surau ini kelihatan lebih ceria setelah dibaiki dan dicat baru. Kami tiba disambut oleh Pengerusi Surau Tuan Haji Mohd. Nor, Setiausaha En. Tajri, En. Mat Jani Bendahari, Tuan Haji Jamil Imam, Tuan Haji Ismail AJK, beberapa ahli jamaah dan penerima-penerima bantuan.

Kami datang ialah untuk menghantar cek peruntukan surau bagi bulan Ramadhan yang masih belum diambil oleh pihak surau ini. Di samping itu untuk menyampaikan bantuan faqir miskin seramai 8 orang. Majlis berlangsung di anjung surai tersebut.


Setibanya kami di sini, kami juga dapat berita baik, bahawa tanah sehektar berhampiran surau yang dipohon bagi tapak Sekolah Agama sejak 2006 dan permohonan mendirikan Sekolah yang dimohon dari JAIS mendapat kelulusan pada Mei 2009. Atas tapak Sekolah akan didirikan bangunan tiga tingkat berharga RM5 juta yang dibiayai JAIS. Kelulusan diberi kepada kawasan ini oleh kerana kawasan ini hingga kini masih belum ada Sekolah Rendah Agama di kawasan Kajang Mewah dan Seksyen 7, BBB. Dengan siapnya Sekolah Rendah Agama di sini akan dapat menampung pelajar agama tempat-tempat tersebut. Penyampaian cek kepada surau dan agihan bantuan kepada faqir miskin disampaikan oleh ADNS Bangi.


Manakala pada keesokan malamnya ADNS Bangi bersama Saudara Azizi hadir ke Surau Raudah Al-Hasanah, Sungai Ramal Dalam, kehadiran ADNS ke sini selain menurut jadual Ramadhan, tetapi juga bertujuan menyampaikan cek yang dipohon oleh Persatuan Penduduk peruntukan bagi membina court badminton. Hadir bersama pada malam ini Pengerusi Surau Raudah Tuan Haji Hasnan, Setiausaha En. Mohd Ali Hanafiah dan Imam Tuan Haji Ibrahim bin Daud, juga hadir YDP Persatuan Penduduk di sini Tuan Haji Abdul Hamid, Timbalannya En. Shamsi bin Khalid, juga Timbalan YDP 2, Tuan Haji Ibrahim Daud. Turut hadir En. Asri bin Haji Azman pegawai Agama PDRM, Cheras yang tinggal di sini juga ahli jamaah.


Majlis penyampaian cek sejumlah RM2,500.00 disampaikan ADNS selepas sembahyang tarawih. Janji gelanggang badminton ini akan dibina secara bergotong royong. Pada malam ini juga diadakah Majlis Penyampaian Wathiqah kepada AJK Surau yang dilantik, disamping juga pengiktirafan kepada yang telah berkhidmat dengan surau seperti Puan Hajah Mariam bt. Othman yang banyak memberi tumpuan masa berkhidmat di surau, manakala seorang lagi ialah Hj. Merlabuh bin Idris yang banyak berjasa kepada surau. Beliau baru meninggal menjelang puasa baru-baru ini. Al-Fatihah.


Sekian.

No comments:

Post a Comment