September 3, 2010

Nazir-Nazir Masjid Beriftar Di PAID Hulu Langat

Kajang, 23 Ramadhan = 02 Ogos (Khamis):


Nazir-Nazir Masjid seluruh Hulu Langat pada petang ini dijemput berbuka di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Hulu Langat. Majlis sedemikian adalah merupakan acara tahunan bagi bulan Ramadhan. Hadir pada petang ini ialah Yang Dihormatkan Datuk Ungku Rani bin Datuk Ungku Shamsuddin Orang Besar Daerah Hulu Langat, ADNS Bangi, Ustaz Bong Saleh bin Adnan Pemangku Pegawai Tadbir PAID, Hulu Langat, Tuan-Tuan Nazir, Ketua-Ketua Unit dan Pihak Pengurusan Masjid.


Sebelum beriftar ucapan ringkas disampaikan oleh Ustaz Bong Saleh yang memaklumkan beberapa perkara yang merupakan arahan daripada atas:

  1. Tazkirah/ceramah dibenarkan di masjid dan surau. Pentazkirah hendaklah mempunyai tauliah. Jika yang bertazkirah tidak bertauliah dan menimbulkan masalah, maka yang akan dikenakan tindakan ialah Nazir dan Pengerusi Surau berkenaan.
  2. Mulai September 2010 pembayaran elaun imam 1 & 2 menggunakan cek. Ini adalah untuk mengelak dari pengeluaran tunai cara tidak berkenaan dan penyelewengan.
  3. Pihak Tuan Nazir yang menghantar calon Penolong Pendaftar Nikah (PPN) hendaklah mempastikan calon bersih dari rekod jenayah.
  4. Isu Tanah Kubur. Ada terdapat berlaku percampuran antara tanah kubur orang Islam dengan yang bukan Islam. Pihak Nazir hendaklah mempastikan perkara sedemikian tidak berlaku. Cara yang terbaik hendaklah memagari sempadan agar tidak melangkaui sempadan dan berlaku percampuran. Pastikan garis sempadan dengan betul.

ADNS Bangi dalam ucapan ringkas bersyukur kepada Allah pentadbiran masjid dan surau semakin baik. Masjid dan surau makin makmur dengan jamaah, pengajaran dan kegiatan. Dari statistik menunjukkan bilangan masjid dan surau makin bertambah. Beliau mengambil contoh di DNS Bangi pada tahun 2008 jumlah masjid-surau 80 buah, 2009 menjadi 90 buah dan 2010 ialah 102 buah. Ini menunjukkan kemajuan dari segi fizikal dan kemajuan dari segi kegiatan jelas berlaku di Bangi dan mungkin berlaku di masjid-surau yang lain.


Selepas iftar dan sembahyang maghrib, tahlil ringkas diadakan bagi al-Marhum Tuan Haji Muhammad Amin bin Haji Hussein Bekas Pegawai Tadbir PAID yang telah meninggal lebih sebulan lepas. Al-Fatihah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment