September 8, 2010

Khatam Qur`an Di Pejabat Daerah, Sampai Sumbangan Di Masjid Al-Salihin

Teras Jernang BBB, 28 Ramadhan = 07 September (Selasa):


Pejabat Daerah Hulu Langat petang ini mengadakan Majlis Khatam Qur`an bertempat di Surau, Pejabat Daerah. Hadir ke Majlis Ahli Parlimen Hulu Langat Y.B. Dr. Che Rusli Che Mat, ADNS Bangi, Tuan Pegawai Daerah Tuan Haji Zainal Abidin A`la, Timbalan Pegawai Daerah En. Zulkifli Khalid dan Puan Luraashy bt. Hassim Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong-Penolong Pegawai Daerah, Timbalan Rektor KUIS Dr. Zulkifli, Penghulu-Pnghulu. Ketua-Ketua Kampong, pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah.


Sebelum itu Tuan Pegawai Daerah di dalam ucapannya berterima kasih kepada para hadirin dan mengucapkan Selamat Hariraya – Maaf zahir dan Batin. Acara khatam Qur`an dipimpin oleh Imam Masjid Kajang Ustaz Fazli Ismail. Majlis diteruskan dengan sembahyang Isya` dan Tarawih. Walau bagaimana sebahagian dari jemputan termasuk ADNS Bangi memohon diri selepas maghrib, kerana mempunyai program di tempat lain – iaitu ke Masjid Al-Salihin di Teras Jernang. Program di sini selepas solat Isya` dan tarawih ialah penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada mereka yang berkelayakan di sini. Masjid juga mengingati jasa-jasa yang diberi oleh Imam, Bilal dan Siak. Majlis dianjur oleh Masjid dan antaranya ditaja oleh sebuah Syarikat Pemaju Perumahan AIMA Development yang berpejabat antaranya di Bangi. Sumbangan dan Cenderahati disampaikan oleh ADNS Bangi dan Tuan Nazir Ustaz Bashir bin Alias.


Sekian.

No comments:

Post a Comment